Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Wednesday, February 13, 2013

Anuar Ibrahim tidak gentar digempur Umi Hafilda

Biarpun program ceramah Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung malam ini di Kg Pengkalan Pegoh, Ipoh bakal digugat oleh pihak Umno Gopeng dengan membawa Umi Hafilda ke tempat yg sama, ini sedikit pun tidak menggugat perancangan seperti yang telah sedia diatur PR.

"Kami sedikit pun tidak gentar dengan provokasi yang dilakukan mereka. Cuma kami bimbang akan keselamatan orang ramai yang hadir nanti apabila bertembung dua acara dari pihak berlawanan di satu tempat."

"Saya telah cuba beberapa kali untuk menghubungi YB Hamidah namun tiada jawapan. Apabila ditanya kepada Ketua Kampung mengapa perlu diadakan program di hari dan tempat yang sama sedangkan PR telahpun awal-awal lagi merancang untuk mengadakan program ceramah di padang bola kampung ini, jawapan yang diberikan oleh Ketua Kampung amatlah mengecewakan sekali. Katanya, saya hanya orang kecil terpaksa menurut perintah orang besar.

Saya katakan kepadanya, biarkan kami meneruskan program yang telah kami rancang. Esoknya bolehlah pihak Umno Gopeng menggunakan padang bola tersebut untuk mereka pula, sepuluh hari tanpa henti pun tak mengapa, silakan." tambahnya lagi dengan penuh semangat.

"Oleh kerana pihak Umno telah mendirikan pentas dan khemah di atas padang bola tersebut, kami akan menggunakan alternatif yang lain untuk meneruskan program ceramah kami. Bukanlah ini bererti kami takut, berundur dan mengalah, tetapi kami lebih mementingkan keselamatan orang ramai yang akan datang ke tempat ceramah kami itu nanti," berapi-rapi beliau berkata seakan memberi ceramah lagaknya.

"Biarpun Umi Hafilda mahupun Zulkifli Noordin yang mereka bawa, saya sedikit pun tidak gentar dengan mereka." begitu kata penamat yang diluahkan Anuar Ibrahim kepada saya.

Anuar Ibrahim adalah Ketua Cawangan Pas Pengkalan Pegoh dalam Kawasan Gopeng.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...