Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Monday, February 11, 2013

Artis KL Gangster hadir ke kuliah Timbalan Murshidul Am PAS

10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang -- Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin  di  surau  Ma'arof  Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut. 

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk "Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah" yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair "KL Gangster".

Menurut  Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping. 

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini.

YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din ,Timbalan Mursyidul Am PAS penyampaikan kuliah
Melimpah: Hingga diluar perkarangan surau hadirin datang mendengar kuliah 
Kelihatan  Adam Corrie sedang berdoa bersama hadirin yang lain diluar surau Ma'arof  Taman Simpang Bukit Gantang
Adam Corrie sempat bergambar dengan YDP PAS Taiping Ust  Fakharuddin


Kepada Sdr. Adam Corrie- Admin Orangni mengucapkan syabas dan tahniah diatas sokongan yang diberikan kepada perjuangan Islam...Takbir..!!!

Sumber: blog OrangNi

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...