Thursday, February 21, 2013

40,000 bakal hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamek Lama Gopeng

40,000 merupakan anggaran kehadiran yang bakal membanjiri Masjid Jamek Lama Gopeng Sabtu ini.

Ceramah agama yang akan diadakan selepas solat Maghrib oleh penceramah tersohor masakini, Ustaz Azhar Idrus itu telah menarik minat orang ramai untuk hadir pada hari tersebut.

Banner-banner ceramah dikatakan telah digantung disetiap daerah dinegeri Perak ini.

Pihak pengurusan Masjid Jamek Lama Gopeng telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ceramah yang besar ini setelah menunggu giliran mereka selama 2 tahun untuk mendapatkan Ustaz Azhar Idrus.

Keselesaan dan keselamatan pengunjung mendapat perhatian utama pihak masjid. Kawasan sekeliling masjid telahpun dibersih dan ditambak untuk menampung kebanjiran orang ramai yang dahagakan majlis ilmu daripada 'Ustaz Youtube' ini.

Orang ramai digalakkan untuk membawa sejadah dan kertas lapik mereka sendiri pada hari tersebut.

Pihak masjid juga telah menyediakan 3 layar gergasi untuk menampung kehadiran yang ramai untuk mengikuti ceramah pada malam itu.

Bagi yang jauh dan tidak dapat hadir, pihak masjid akan menyediakan siaran langsung secara live streaming yang boleh diikuti di www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

Biarpun beberapa percubaan telah dilakukan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan majlis ceramah agama ini, namun dengan kuasa Allah Taala segala yang telah dirancang oleh pihak masjid selama ini bakal membuahkan hasil buat semua.

Pengurusan tempat letak kereta telahpun mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai dan berpuluh gerai menjual makanan dan barangan lain sedia menanti kehadiran anda semua.

Bersamalah hadir ke majlis ini untuk menuntut ilmu daripada seorang penceramah yang begitu hangat masa kini.





No comments:

Followers