Monday, March 26, 2012

Sg Rokam kembali hangat dengan ceramah

Cikgu Ali selaku Ketua Cawangan menyampaikan kata-kata aluan kepada hadirin

IPOH (25.3.12): Sudah lama sungguh tidak diadakan ceramah Pakatan Rakyat di Kg Sg Rokam. Tetiba ahli-ahli Pas cawangan Sg Rokam mengusahakan satu ceramah yang bakal menjadi pencetus untuk kembalinya kegemilangan ceramah di kampung itu. Ada juga yang bertanya, akan ramaikah yang datang nanti jika diadakan ceramah di kampung itu kerana sudah lama 'sejuk' daripada aktiviti ceramah.

Alhamdulillah, pertanyaan tadi terjawab dengan kembali 'panas'nya suasana ceramah sepertimana dahulu. Ramai yang hadir, sehingga melimpah ke segenap ceruk gelap, ceruk pasu bunga dan tebing longkang. Ternyata ramai yang masih merindui 'bau' cuaca ceramah di Kg Sg Rokam.

Faktor itu juga dibantu dengan kuatnya penceramah yang dijemput mereka. DS Nizar Jamaluddin, YB Dr Lee Boon Chye dan Sdr Radzi Zainon punya tarikan dan pengikut mereka yang tersendiri. Tambahan pula bunga-bunga pilihanraya dilihat meranum dan bakal mekar sekitar bulan Jun nanti.

Faktor kedua yang begitu kuat bagaikan magnet yang bisa menarik orang ramai ke ceruk Jalan Melati malam itu adalah adanya ceramah lawan yang tidak jauh dari lokasi. YB Hamidah Osman kini mendapat hobi baru, memacak khemah dimana sahaja Pakatan Rakyat mengadakan program, dan memekik melolong melarikan diri daripada tajuk ceramah yang diwar-warkan pada awalnya. Diajak berdebat, pelbagai helah diberi, melaung-laungkan cabaran dari corong speaker yang jauh, beranilah dia.

Kerana Midah, hadirin malam itu mendapat dua rasa. Rasa seronok mendengar penjelasan demi penjelasan tentang isu-isu terkini politik tanahair daripada penceramah Pakatan dan rasa getik dengan sayup-sayup suara lolongan Midah umpama hantu kopek tersangkut pada pokok kaktus.

Tahniah penulis ucapkan kepada wargakerja Pas cawangan Sg Rokam yang diterajui Ketua Cawangannya Cikgu Ali kerana berjaya menghangatkan malam kampung itu dengan 'kenduri' ceramah mereka. Sepertimana yang ditanyakan DS Nizar kepada Cikgu Ali malam itu sebelum berangkat pulang, "Bila nak buat ceramah lagi?". Semoga pertanyaan tersebut bisa menjadi peniup semangat untuk terus-menerus memacak khemah dan memasang speaker buat halwa telinga penggemar ceramah politik tempatan.

Jom tengok gambar-gambar sewaktu ceramah yang diambil daripada hujung lensa Sdr Zainal (penulis malas nak keluarkan 'senjata' penulis kerana ramai yang membawa 'senjata' dan 'menembak' pada malam itu).

Sdr Radzi Zainon yang menjalankan tugasan sebagai moderator dan sekaligus sebagai penceramah yang pertama

YB Dr Lee Boon Chye penceramah kedua



Ketibaan DS Nizar disambut orang ramai

Pimpinan di pentas utama

Dr Khairuddin, penceramah ketiga yang lebih serius dan padat dengan maklumat

Orang ramai dibahagian depan pentas

Wakil cawangan baru Taman Ampang yang menerima sijil keahlian Pas daripada DS Nizar

DS Nizar menyampaikan sijil keahlian kepada bekas Ketua Pemuda Umno Sg Rokam, Sdr Jefri yang menyertai Pas bersama 20 orang rakan-rakannya

DS Nizar menyampaikan ceramah

Banyak isu negara yang disentuh DS Nizar

Pemandangan dikalangan orang ramai yang mendengar ceramah



Tanpa diupah, mereka datang beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat terkini


Atas kereta pun jadi...

Apa cerita ceramah sebelah sana?

Tajuk ceramah, bukan main...

Standard Midah, kalau tak angkut, orang tak mandang...

5 buah bas disewa untuk angkut orang dari luar

Speaker yang sengaja dihalakan ketempat ceramah Pakatan


Sedikit sedutan daripada ceramah lalak Midah yang bertajuk 'Yahudi Laknatullah'...
kalau lebih-lebih nanti, kome terkencing gelak pulak

3 comments:

Anonymous said...

kesian...habis serak basah sora Mak Midah mengalahkan Ramli Sharif papa Rock!

Alhamdulillah said...

Hai Cina Mabuk takbir tak datang ke..kesian Pas terpaksa menggunakan khidmat Cina Kristian untuk mentarbiah penyokong Pas sendiri

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Tidak sedarkah PAS sedang lemas di dalam PR (tak berdaftar).

Makin lama makin tidak bernyawa PR (tak berdaftar) sekarang ini.

Itu pun masih tidak malu dengan bertambahnya isu yang semakin menekan PR (tak berdaftar).

PAS memang hebat buat gempak tetapi semuanya kosong.

Majoriti rakyat Malaysia kini sudah tahu beribu-ribu tembelang
kosong yang ada dalam PR (tak berdaftar) lagi tidak bernyawa ini.

Sekian.

Followers