IPOH (16,3.12): Pada malam 16 Mac yang lalu, telah diadakan himpunan bagi memperingati penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak 4 tahun yang lalu. Program telah diadakan diperkarangan hadapan pejabat DAP di Medan Istana, Ipoh.
Saya sempat singgah kesana sebelum ke Slim River dan membuat sedikit rakaman buat dikongsi bersama pengunjung blog ini.
Sungguhpun ketibaan saya disaat akhir program iaitu ucapan oleh DS Nizar, kehangatan malam tersebut sungguh terasa dengan kepadatan pengunjung ke ruang sempit di situ.
Namun yang demikian, saya terpaksa bersejutu dengan pandangan penulis blog Orang Ni yang mengutarakan beberapa kelemahan didalam program tersebut. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki dan menambah-baik setiap program bersama diantara Pakatan Rakyat Perak dimasa-masa yang akan datang.
Ucapan DS Nizar mengenai penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat dinegeri Perak empat tahun yang lalu telah berjaya mengimbau kembali kenangan rakyat
Kartunis Zunar dan Sdr Muhaimin begitu ceria pada malam itu
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah turut berada disana, juga bersama-sama melakukan kejutan buat seseorang
Kek yang dibawa buat kejutan kepada DS Nizar
DS Nizar diraikan sempena hari kelahirannya yang kebetulan jatuh pada 17 Mac
DS Nizar membacakan doa penutup majlis
Orang ramai turut mengaminkan bacaan doa oleh DS Nizar
DS Nizar berbual bersama kartunis Zunar selepas selesai program
Antara barangan jualan oleh Kartunis Zunar pada malam tersebut
Petugas barangan jualan kartunis Zunar yang menarik perhatian ramai apabila mereka berdua yang bukan beragama Islam mengenakan baju T 'HUDUD' dan berikat kepala dengan tulisan 'Pasti Islam SeMalaysia'
Penulis sempat bergambar kenangan bersama Kartunis Zunar
No comments:
Post a Comment