Sunday, March 11, 2012

DS Nizar melawat kawasan dan mangsa banjir disekitar Kuala Sepetang

10 Mac 2012 – Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang bersama anggota Jabatan Unit Amal telah kelokasi  yang terjejas akibat dilanda banjir sejak semalam turut serta meredah banjir dimalam hari ialah YB Dato Seri Nizar. Kejadian banjir ini berlaku selepas hujan lebat turun melebihi 5 jam disini.

PAS Bukit Gantang telah menyumbangkan tenaga kerja kebajikan bagi meringankan beban mangsa banjir disini dengan kerjasama  Unit Amal PAS Bukit Gantang  yang  telah bertungkus lumus memberi bantuan tenaga,makanan,membersihkan rumah,menyelamat  dan sebagainya kepada mangsa sejak bermula kejadian banjir disini. Rata-rata penduduk  disini berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Unit Amal  PAS Bukit Gantang dengan bantuan iklas dari mereka.

Dalam lawatan YB Nizar di lokasi banjir ini didapati masih ada mangsa banjir  yang  tidak mahu pindah ke pusat pemidahan mangsa banjir yang disediakan,bagaimana pun masih terdapat 2 pusat pemindahan banjir  yang masih beroperasi dan  dihuni mangsa banjir . YB Nizar telah meredah air banjir di malam hari untuk melihat sendiri kejadian dan menyelami hati penduduk serta bertanya khabar kepada mangsa dilokasi disini.

Kejadian  banjir kali ini dianggap paling buruk sejak  10 tahun menurut kata seorang penduduk disini. Mengikut maklumat dari penduduk lagi  keadaan ini berlaku kerana benteng ( Ban ) Sungai Matang pecah kerana tidak mampu menampung air hujan yang lebat dan menyebabkan airnya melimpah keluar dan diburuk lagi dengan kejadian air laut pasang di sekitar Matang.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke lokasi banjir Kuala Sepetang. (Matang Road dan Simpang Halt)
Pekan Simpang pada petang 9 mac 2012

DSN diberi taklimat mengenai kejadian dan lokasi banjir oleh Anggota Unit Amal turut serta Tn Hj Zainuddin dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Mangsa banjir ini mengalami kerugian harta benda berikutan ternakan ayam-nya telah musnah dan kenderaan-nya turut tidak dapat diselamatkan. 

DSN sedang mendengar penerangan dari Pegawai Bomba dan Penyelamat mengenai operasi  mereka dilokasi 

DSN menyampaikan sumbangan makanan dan minuman dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Jalan utama Matang Road 

DSN bertanya khabar kepada penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Anggota Jabatan Unit Amal yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir

Musollah An Najah juga turut digenangi air

DSN bertanya khabar mangsa banjir di penempatan mangsa banjir di SK Ngah Ibrahim Jalan Matang

Pemimpin berjiwa rakyat

Taman Berkat menyediakan pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk Simpang Halt. Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

DSN diberi taklimat oleh Pegawai JKM mengenai jumlah dan perlaksanaan di penempatan banjir di Taman Berkat. Turut sama ialah Tok Ketua Kampung Dew dan ketua Cawangan PAS Taman Berkat

YB Nizar  prihatin dengan rakyat..

- Blog Orang Ni

No comments:

Followers