Sunday, March 18, 2012

Masak Gulai Kawah Kerbau


IPOH (16.3.12): Bersempena dengan Konvoi Jelajah Penerangan Pas Pusat ke Perak yang akan diadakan pada Sabtu, 17 Mac 2012, satu program yang dinamakan 'Jamuan Bersama Rakyat' yang menampilkan pimpinan Pas seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dr Dzulkifli Ahmad, Ustazah Nuridah Salleh, Haji Abu Bakar Hussain dan Dato Seri Nizar Jamaluddin bakal berlangsung di Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh.

Tugasan memasak gulai kawah 2 ekor kerbau untuk tujuan tersebut telah diamanahkan oleh Pas Kawasan Gopeng kepada Cawangan Rapat Setia.

Sehubungan dengan itu, pada malam 16 Mac lalu, bermula selepas Maghrib, ahli-ahli Pas Cawangan Rapat Setia bersama bantuan jemaah surau telah bergotong-royong memasak gulai kawah tersebut serta 250 kg nasi putih buat bakal hadirin yang dianggarkan sekitar 3000 orang.

Saya yang tidak berkesempatan untuk bersama membantu urusan memasak ini sepertimana biasa kerana terpaksa ke Slim River pada malam tersebut untuk menyertai program konvoi penerangan, sempat singgah sebentar ke Surau Al-Ehsan untuk mengambil beberapa keping gambar buat rakaman aktiviti para jemaah.

Dikhabarkan urusan masak-memasak tersebut berlangsung sehingga ke pagi esok harinya sebelum dibawa ketempat program jamuan.

Syabas buat ahli-ahli Pas Cawangan Rapat Setia beserta jemaah surau yang bertungkus-lumus menyiapkan masakan yang telah diamanahkan kepada mereka.

Proses memotong daging kerbau

2 ekor anak kambing disediakan oleh pihak surau sebagai menu tambahan kepada pimpinan yang hadir nanti
Chor Zulkarnaini melapah daging kambing

Ikan bakar buat santapan para petugas pada malam itu

Muslimat turut membantu dalam penyediaan bahan memasak

Gambar tambahan yang diambil daripada Facebook Pas Gopeng:-




No comments:

Followers