Monday, March 12, 2012

Semalam Shahrizat umum undur, hari ini suami didakwa pecah amanah. Dah macam episod drama...

Seperti dah berjanji ataupun kebetulan, tak ubah macam lakonan dalam drama swasta yang selalu ditayangkan dikaca tv tanahair.

Semalam Shahrizat umumkan yang beliau akan mengundurkan diri apabila tamat tempoh jawatan Senatornya pada 8 April depan nanti, walaupun ramai rakyat dinegara ini yang tersedak dan tergelak dengan 'lawak' Kak Ijat itu.

Tiba-tiba hari ini, suami Shahrizat pula didakwa dimahkamah kerana pecah amanah. 

Apakah Shahrizat sudah tahu suaminya akan didakwa hari ini lantas membuat pengumuman untuk berundur semalam agar maruahnya sedikit terlapik? 

Jika kisah keluarga Shahrizat ini  diibaratkan drama bersiri seperti slot-slot yang ditayang ditv, nantikan saja episod-episod yang mendatang dengan episod pertama dan pengenalannya adalah pengumuman pengunduran Shahrizat yang dianggap lawak (oleh pihak Umno sendiri) dan episod keduanya mengenai pendakwaan terhadap suaminya.

Entah episod yang keberapa pula akan ditonjolkan 'pelakon' Hamidah mengambil alih tampuk Ketua Wanita Umno daripada Shahrizat. 

Kenapa Hamidah? Jika dulu Rafidah Aziz beri saham kepada menantunya, kini Shahrizat beri projek kepada suaminya. Pengganti Ketua Wanita mestilah setaraf dengan mereka, sekurang-kurang yang melonggokan segala projek kepada adiknya pula. Tak begitu?

Suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan pecah amanah

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Datuk Seri Mohamad Salleh hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Datuk Sri Shahrizat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. — Gambar oleh Jack Ooi
Datuk Sri Shahrizat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. — Gambar oleh Jack Ooi
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — yang semalam telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan depan — duduk berhampiran suaminya bersama-sama saudara mara dan penyokongnya. hanya satu daripada tiga anak mereka — Izmir — hadir di mahkamah.

Kedua-dua anak mereka — Izran dan Izana — yang merupakan pengarah kepada syarikat tersebut yang bertanggungjawab menguruskan pusat penternakan lembu fidlot tidak hadir di mahkamah. Ini menimbulkan persoalan sama ada mereka turut berhadapan dakwaan yang sama.

Shahrizat semalam mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh penggal beliau sebagai senator tamat 8 April depan setelah menerima desakan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Pihak berkuasa telah dipaksa oleh masyarakat supaya menyiaat tuduhan pembangkang sama ada keluarga menteri terbabit telah menggunakan dana RM250 juta untuk NFC digunakan untuk pembelian kondominium.

Skandal tersebut telah membantutkan usaha transformasi kerajaan dan keputusan seolah-olah  mengorbankan politik Shahrizat dilihat sebagai langkah pencegahan Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal diadakan dalam masa terdekat.

Turut difahamkan Najib akan mengumumkan pilihan raya dalam masa terdekat sebagai mengambil peluang peningkatan sokongan rakyat terhadapnya berikutan pemberian bantuan wang tunai kepada rakyat.

Kelembapan ekonomi dunia berkemungkinan akanmenggagalkan peluang BN ketika pilihan raya yang harus dibuat awal tahun depan.

Skandal NFCorp bukanlah skandal terbaru yang telah melanda Najib dan Umno, namun hubungan perladangan berpotensi menjadi pemusnah kerana kabanyakan rakyat Malaysia memahami perkara itu berbanding perkara yang melibatkan urusan kewangan.

KRINOLOGI SKANDAL LEMBU NFC


No comments:

Followers