Friday, March 9, 2012

Pemuda Pas dedah bukti penyelewengan wang zakat

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] hari ini mededahkan bahawasanya berlaku penyelewengan di dalam urus tadbir zakat oleh MAIWP. Pendedahan ini diketuai oleh Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Pengarah Task Force Zakat DPPM,
Saudara Yusapiza Yaacob selaku Penolong Setiausaha 3 DPPM dan Saudara Suhaimi Abdul Aziz selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
"Sidang media ini adalah kerana Dato' Seri Jamil Khir selaku Menteri Agama enggan menjawab persoalan-persoalan yang telah kami timbulkan dalam siri pendedahan yang terdahulu", jelas saudara Kamaruzaman Mohamad selaku pengarah task force zakat DPPM. Antara yang pernah ditimbulkan oleh DPPM ialah :

1. Mengapa lebih 40% duit zakat tidak pergi langsung ke asnaf,

2. Mengapa sehingga RM 23 juta diberikan kepada Amil,

3. Apakah perincian perbelanjaan   RM 2 juta bagi belanja mengurus Yayasan Taqwa (YT) dan minta didedahkan akaun YT,

4. Dimana bukti RM 800,000 yang tidak dinyatakan dalam Laporan Maiwp di bawa ke 2011,

5. Dimana hasil audit dalaman YT.

[Gambar - Kamaruzzaman dan Dewan Pemuda PAS Wilayah membuat laporan mendesak polis menyiasat dakwaan salah guna wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Che Mat Che Alipada 18 januari lalu]

Hari ini, DPPM dalam sidang medianya telah mendedahkan 2 dokumen yang berkaitan dengan satu transaksi wang zakat ke Yayasan Taqwa. " Pada kami, transaksi seperti ini mengandungi conflict of interest dan pelanggaran kepada konsep urus tadbir yang baik.

Dokumen tersebut menjelaskan berlakunya permohonan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Baitulmal terhadap permohonan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan melalui Pengurus Besar Yayasan Taqwa Haji Ahmad Ayob Haji Ibrahim  dengan pertambahan kepada RM4 juta daripada RM1 juta yang dipohon.

"Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon? Ke manakah pula wang RM 4 Juta itu dibelanjakan? Dan sila dedahkan segera audit dalaman Yayasan Taqwa segera", tegas beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, wang zakat adalah harta orang Islam yang diambil dan dipertanggungjawabkan kepada institusi tertentu untuk mengagihkannya kepada asnaf yang telah ditetapkan. Beliau juga memuji tindakan MAIWP yang  telah membentuk satu skuad untuk mencari asnaf baru-baru seperti yang dilaporkan di dalam Utusan pada 17 Febuari.

"Tindakan menubuhkan skuad ini merupakan satu tindakan yang menarik berkemungkinan rentetan daripada siri pendedahan yang telah kita buat sebelum ini. Penubuhan skuad ini juga memberi bukti bahawasanya masih ada asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan. Hari ini sekiranya kita melihat di sekitar Bandaraya kita ini, nescaya kita akan terjumpa masyarakat gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal".

Tambah beliau lagi, "Sepatutnya tidak perlu ada Yayasan Taqwa kerana sudah ada Baitulmal yang berperanan selaku pengurus dan juga pengagih kepada wang zakat. Sampai RM2 juta wang yang diperlukan untuk membiayai kos pengurusan Yayasan Taqwa ini. Kita mengandaikan sekiranya dipecahkan kepada angka RM5 ribu untuk diagihkan, hampir 400 orang akan mendapat manfaat dengan jumlah RM2 juta itu tadi. Jadi kami berpendapat Yayasan Taqwa perlu ditutup dan pekerjanya perlu diserap masuk ke dalam MAIWP!".

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga hari ini meminta daripada Dato' Seri Jamil Khir untuk menjawap dengan kadar segera persoalan yang ditimbulkan oleh mereka.

"Kami beri tempoh seminggu, sekiranya masih mendiamkan diri dan tidak memberikan jawapan yang memuaskan hati umat Islam, kami akan buat laporan polis atau kepada pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini", tegas beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada Dato' Seri Jamil Khir untuk menjelaskan 3 perkara tersebut :

1. Kenapa peruntukan yang diluluskan lebih dari yang dipohon?
2. Ke manakah wang RM4 Juta itu dibelanjakan?
3. Dedahkan audit dalaman Yayasan Taqwa segera !


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...