Sunday, March 18, 2012

Konvoi Jelajah Perak oleh Penerangan Pas Pusat


IPOH (17.3.12): Program Konvoi Jelajah Perak oleh pimpinan Penerangan Pas Pusat yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pas, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man membariskan pimpinan pusat yang teramai turut serta didalam siri jelajah seluruh Malaysia.

Sebanyak 20 kawasan di dalam negeri Perak berpeluang meraikan kunjungan pimpinan pusat ke tempat mereka. Program yang bermula seawal pagi dengan kuliah subuh, sarapan bersama rakyat, edaran risalah, jamuan makan tengahari bersama rakyat, hi-tea (minum petang), kuliah Maghrib dan diakhiri dengan Ceramah Perdana pada malam harinya.

Kesemua pimpinan dipecahkan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan pertama yang bermula dari utara dan berakhir di selatan dan satu kumpulan lagi mengikut arah yang bertentangan. Setiap pimpinan pula akan diiring oleh ahli jawatankuasa penerangan negeri.

Kesemua kumpulan ini akan bertemu dipertengahan iaitu di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh (dalam kawasan Gopeng) untuk Jamuan Bersama Rakyat yang juga akan disertai oleh Tuan Guru Presiden, Haji Abdul Hadi Awang sebagai tetamu utama dan istimewa.

Bagi saya sendiri, seawal pagi lagi bertolak ke selatan, Slim River untuk mengiringi YB Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan juga Ustaz Misbahul Munir.

Ustaz Misbahul Munir menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Felda Sg Behrang manakala YB Dr Dzulkifli Ahmad berkuliah Subuh di Felda Besaut.

Selesai Kuliah Subuh, kami dibawa untuk sarapan bersama rakyat disebuah gerai makan ditengah Felda Sg Behrang

Penuh gerai makan pagi itu, Ustaz Misbah berpeluang untuk bersarapan dan berkenalan dengan penduduk di situ


Ustaz Misbah dan Rosdy tidak melepaskan peluang untuk mengupdate status facebook mereka serta mengikuti perkembangan daripada kumpulan-kumpulan konvoi yang lain apabila berhenti di sesuatu lokasi bagi menunggu peserta konvoi

Kumpulan konvoi bersama Ustaz Misbah bergambar sementara menantikan ketibaan kumpulan konvoi yang bersama dengan YB Dr Dzul di stesen Petronas, Sungkai

Ustaz Misbah dan YB Dr Dzul semasa konvoi berhenti di Bidor

Kumpulan konvoi daripada Tg Malim dan Slim River bertemu dengan kumpulan konvoi dari Bidor untuk ke Tapah

Apek tua ini begitu teruja bertemu dengan kumpulan konvoi. Banyak luahan hatinya kepada kami agar Pakatan Rakyat kembali memerintah dinegeri Perak

Kumpulan konvoi berhenti di Pekan Tapah untuk mengedarkan risalah

Bendera besar dibawa mengelilingi pekan Tapah untuk memberitahu akan kehadiran kumpulan konvoi

Kumpulan konvoi dibawa mengikut jalan lama untuk ke Tapah Road


Kumpulan konvoi gabungan daripada Tanjung Malim, Slim River, Bidor dan Tapah yang berjumlah lebih daripada 40 buah kereta berarak menuju ke arah Gopeng untuk bersama-sama dalam program Jamuan bersama rakyat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...