Monday, March 19, 2012

Dato Tuan Ibrahim Islamkan pemuda Tionghua di Markaz Pas Teluk Intan



TELUK INTAN, 18 Mac:"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh Yong Yuk Thien, 26, seorang pemuda Tionghua yang berasal dari Sabah.


Majlis itu dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menyampaikan Kuliah Manghrib sempena Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Perak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak dekat sini, semalam.


Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, Tuan Ibrahim telah memberikan penerangan berkenaan tanggungjawab seorang muslim.


“Seorang saudara baru masih boleh lagi berhubungan dengan ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa, menghadiri perayaan yang bukan bersifat keagamaan seperti Tahun Baru Cina, majlis perkahwinan dan sebagainya,” jelas beliau kepada pemuda tersebut.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap, pihak PAS Kawasan Teluk Intan dapat mengambil tanggungjawab memastikan Yong mendalami ilmu agama serta mengambil tahu sebarang perkara berkaitannya.


Yong ketika ditemua berkata, beliau banyak membaca buku tentang agama Islam di samping mendapat pemahaman dan bimbingan daripada kakak dan bapa saudara beliau yang sudah memeluk Islam.

Beliau yang bakal melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di Kuala Lumpur pada Mei depan berharap akan

menjadi seorang muslim yang baik kelak.


Program Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Negeri Perak membariskan pimpinan utama PAS termasuklah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.


- Harakahdaily

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...