Sunday, March 11, 2012

Awas! 90 jenis ubat mengandungi sumber babi

Awas pengguna umat Islam. Ini merupakan dokumentasi ubat-ubatan yang diragui status halalnya dengan info bergambar, jenama, pengeluar, kegunaan, kandungan meragukan dan juga pilihan alternatif. Ia seakan-akan direktori berguna untuk dibawa oleh pesakit ketika berjumpa doktor, manalah tahu jika diberikan ubat-ubatan yang disenarai hitamkan mereka boleh berkata "tidak" dan mereka (doktor) mampu mengubahnya.

Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis buku ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir.

Tahniah berani kerana benar!

Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio. Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit,peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor.

Dengan keadaan ubat-ubatan kita telah tercemar maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. Jangan beralasan anda jahil lagi selepas itu – Faizal Riduan, Majalah Milenia Muslim isu April 2011

DOWNLOAD LAPORAN PERCUMA UNTUK ANDA ! Klik banner di bawah..Sebarkan di Facebook Anda untuk kebaikan bersama.

babi Awas!! 90 Jenis Ubat Mengandungi Sumber Babi

Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi,…

[An-Nahl: 115]

Dan firman Allah Taala ketika memerintahkan Rasulullah s.a.w. dengan katanya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi …

[Al-An`am:145]

Dan sabit pula dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:

Sesungguhnya diharamkan bagi kamu dari bangkai adalah memakannya..

[Al-Iqna` li Ibnu Munzir : Hadis 178]

Rasulullah mengizinkan memanfaatkannya setelah di sertu. Ianya juga sabit dari Nabi s.a.w., baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan patung berhala. Lalu ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, tidakkah engkau tahu bahawa lemak bangkai dapat menjadi bahan bakar untuk kapal,mengubati kulit dan memberi manfaat kepada manusia. Lalu Rasulullah bersabda: tidak, sesungguhnya ianya diharamkan.

[Sahih Muslim : 1581]

No comments:

Followers