Wednesday, November 9, 2011

Najib bakal bubar parlimen 11.11.11?

Sekembalinya Najib Razak daripada menunaikan ibadah haji dari Mekah hari ini, angin pilihanraya umum ke 13 semakin kuat bertiup.

Ramalan-ramalan yang mengatakan bahawa Najib akan membubarkan parlimen pada tarikh 11 November 2011 (11.11.11) yang dianggapnya sebagai keramat bakal menjadi kenyataan.

Perkembangan terbaru yang berlaku hari ini apabila guru-guru telah diedarkan dengan borang-borang untuk bertugas sebagai petugas SPR di hari pilihanraya nanti. Perlantikan sebagai KTM (Ketua Tempat Mengundi) dengan elaun sebanyak RM280.00 sehari telah dimulakan.

Ini bermakna, pembubaran parlimen yang dilakukan pada 11.11.11 akan diikuti dengan 1.12.11 (Khamis) sebagai hari penamaan calon dan 10.12.11 (Sabtu) akan dipilih sebagai hari membuang undi.

Dengan berbekalkan imej Haji dan Hajjah yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah bagi meraih undi simpati orang Melayu, pilihanraya umum kali ini merupakan penentuan antara hidup dan matinya kuasa Umno bersama Barisan Nasional memerintah Malaysia.

Masa yang telah lama dinanti-nantikan oleh banyak pihak untuk mengubah landskap politik serta nasib rakyat Malaysia telah semakin hampir. Jangan disia-siakan peluang keemasan ini untuk 'Selamatkan Malaysia'.

1 comment:

Anonymous said...

semoga dibukakan hati rakyat untuk memilih bakal pemimpin yg berwibawa...dimana rakyat d'utamakan,pencapaian didahulukan...

Followers