Ipoh, 2 Nov : Esok genap 1000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak. Peristiwa hitam ini berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.
Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa ini wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.
“Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak pagi tadi.
Tambahnya lagi, setelah ‘kerajaan haram’ mengambil alih negeri Perak, negeri tersebut telah jauh ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.
“Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.
Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam ini sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU-13 nanti.
Sehubungan dengan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1000 hari ‘rampasan’ kuasa Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan Pakar Undang-Undang Professor Aziz Baari.
No comments:
Post a Comment