Dimasa kini, penganugerahan sesuatu jawatan, pangkat ataupun gelaran telah tersasar jauh daripada tujuan asalnya.
Segala-galanya kini lebih bermotifkan politik, bukan lagi merit atau kelayakan yang sepatutnya.
Penganugerahan pangkat Senator kepada Datuk K S Nallakaruppan hari ini adalah satu lagi contoh meletakkan taraf jawatan tersebut diperingkat paling bawah. Tiada lagi mengira sumbangan, jasa dan kelayakan dalam perlantikan.
Hanya dengan sumpah taat setia kepada pemerintah, seseorang itu akan dilantik memegang jawatan penting, biarpun kredibilitinya dipersoal banyak pihak.
Antara pihak yang menyuarakan pandangan mereka mengenai perkara ini adalah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas). Apakah sumbangan Datuk Nalla kepada kaum India dan juga negara, tanya mereka.
Majukah negara Malaysia ditahun 2020 nanti dengan perlantikan seseorang yang tidak layak utk memegang sesuatu jawatan itu. Kemana halatuju negara ini yang hendak dibawa kerajaan Barisan Nasional dengan cara urus tadbir yang sebegini.
NGO kaum India pertikai Nalla dilantik senator
KUALA LUMPUR, 2 Nov - Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), salah satu pertubuhan bukan kerajaan komuniti India, hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk K S Nallakaruppan sebagai senator.
Nallakaruppan, pengasas dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini.
MIUP yang ditubuhkan selepas Nallakaruppan, bekas rakan sukan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.
“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia satu majlis (detik) yang harus di banggakan? Datuk Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia setelah keluar PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja,” kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata beliau, MIUP juga bukan sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.
“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?” katanya lagi.
“Bagi Mipas, Datuk Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau di lantik sebagai senator?” kata beliau.
Nallakaruppan, 65, merupakan antara bekas pemimpin PKR dilantik dan ketua parti yang menyokong BN dari luar dilantik sebagai senator.
Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor dilantik sebagai anggota Dewan Negara.
Kedua-duanya pernah dilabel sebagai antara orang kuat Anwar.
No comments:
Post a Comment