Tuesday, November 1, 2011

SELEPAS AUSTRALIA, ROSMAH SHOPPING KE MEKAH?


Semalam, Najib Razak bersama isterinya, Rosmah Mansur telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Bukanlah kita hendak mempertikaikan ibadah haji yang hendak dilakukan, walaupun terdapat perkhabaran yang mengatakan pemergian Najib kali ini lebih bersifat kepentingan politik menjelang pilihanraya umum yang kian mendekat. Media beserta krew-krew tv dikatakan diperguna untuk mempamerkan ibadah haji Najib dan isteri untuk tayangan yang berulang-ulang untuk menunjukkan betapa alimnya Haji Najib dan juga Hajjah Rosmah.

Cuba lihat kepada gaya Rosmah berangkat ke Tanah Suci. Menurut cara pemakaian Rosmah, menutup aurat bukanlah tuntutan agama Islam yang perlu dituruti dan dipraktikkan. Jika hanya bertudung sekerat dengan jambul rambut tersembul, bukankah pemergiannya ke Tanah Suci Mekah itu lebih kepada menghina hukum Allah? Nauzubillah...

Jika sebelum ini Rosmah berbelanja besar shopping bersama anaknya di Perth, Australia, apakah pemergiannya ke Mekah juga hanyalah untuk shopping sakan melihatkan kepada caranya berpakaian?

Menteri yang diamanahkan untuk menjaga agama Islam, Jamil Khir yang turut serta disana perlu meletakkan jawatan kerana gagal menasihati Rosmah dalam bab menutup aurat, apatah lagi tatkala berada di Tanah Suci Mekah.

Jangan kerana kehadiran Rosmah dengan membuka aurat di Mekah, rosak amalan jemaah haji Malaysia tahun ini.


3 comments:

aira said...

rosmah ke mekah menunaikan haji..kenapa nak menfitnah orang tnp bukti yg kukuh..bg sy,normalah kita ke mekah membeli buah tangan untuk family di malaysia..seperti sejadah,tasbih,jubah,kopiah dll..

Majmi Mohamad said...

beb,org tak kisah kalo Rosmah nak pegi haji kat Mekah.....but at least, pakai la tudung elok2 ckit.....ni pakai tudung fesyen hape ntah sampai nampak jambul.....tak tutup aurat ke aper.....ingat pegi Mekah ni macam wat holiday la plak...nonsense....

Anonymous said...

Nak pergi haji heboh bukan main! sewaktu lari ke Australia pada hari Merdeka dulu senyap-senyap aje!

Followers