Wednesday, November 30, 2011

Umno cetus api perkauman, rakyat kini bersama Pakatan

IPOH,30 Nov,Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Umno sedang berusaha keras mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.

Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah. Apatah lagi kerajaan BN dilihat sudah tidak mampu menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat Malaysia.

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum.

"Umno BN cuba mengambil kesempatan dengan menimbulkan belbagai propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat.

"Yang kita risau, mereka nampaknya cuba bangkitkan isu perkauman," katanya.

Menurutnya, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah bersama  berjuang di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Umno melalui media arus perdananya terus memainkan sentimen perkauman dan perpecahan kaum apabila menyiarkan berita yang  berbentuk perkauman sekaligus dapat merapuhkan hubungan erat rakyat pelbagai kaum dinegara ini.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu, juga turut menyeru rakyat negara ini agar bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin kronik dimainkan oleh pimpinan Umno BN.


http://ustazabubakar.wordpress.com/

http://perak.pas.org.my/


No comments:

Followers