Thursday, November 3, 2011

NAIB PRESIDEN PERKASA MASUK SEKOLAH

Sekolah adalah satu kawasan yang dilarang masuk ataupun 'haram' bagi ahli-ahli politik. Itu adalah arahan yang dikeluarkan.

Tetapi ianya hanya tertakluk kepada parti-parti pembangkang sahaja.

Bagi parti-parti pemerintah dan juga penyokong mereka, larangan ini tidak terpakai langsung.

Mungkin kerana mereka tiada bangunan atau markaz sendiri untuk mengadakan ceramah sehingga terpaksa menumpang sekolah-sekolah untuk tujuan tersebut.

Berlainan dengan parti-parti pembangkang yang menghormati kawasan sekolah dan mempunyai markaz-markaz sendiri untuk diadakan ceramah politik.

Sepertimana yang tertera digambar, Naib Presiden Perkasa yang baru, Zulkifli Noordin telah menggunakan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3, Selangor untuk mengadakan program Bicara Rakyatnya malam ini.

Apakah kerana Perkasa merupakan NGO yang menyokong Umno, maka program sebegini menjadi 'halal' untuk diadakan di sekolah?

2 comments:

M.S.I Program 2U said...

Assalamualaikum Ajijoi;

Mungkin ada telah lupa tapi saya tolong ingatkan Puak PAS, DAP buat ceramah kat Masjid kat surau ade ke saudara kisah..renung2kan......

Berita 2010
Surau dan masjid kini menjadi sasaran utama permainan politik DAP untuk menyebarkan fahaman kepartian mereka. Malangnya usaha mereka ini jelas dibantu pula oleh para penganut agama PAS yang sudah diketahui amat taksub kepada parti saki baki komunis ini.

22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam masjid, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam masjid. Lebih-lebih lagi melihat pada waktu jam tersebut, 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih. Ini satu penghinaan kepada umat Islam.

Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.


10 September 2008, Teresa Kok juga pernah melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. Teresa Kok nafikan tetapi memang benar DAP pernah melarang azan (baca sini). Malah pengerusi Masjid Bandar Kinrara setuju Teresa ditahan kerana isu azan (baca sini). Namun hari ini, semua sudah mengetahui larangan pembesar suara sudah dilarang di sebuah negeri yang DAP perintah (baca sini).

Mempertikaikan pegawai masjid dan enggan menutup aurat. Inilah perangai ego DAP. Mereka yang mencemarkan dan menodai kesucian rumah ibadat umat Islam ketika azan masih berkumandang tidak pun ditegur sebagai semberono oleh orang-orang PAS. Apa tujuan Teresa Kok untuk naik ke ruang solat masjid ketika azan masih berkumandang? Tindakan biadap Teresa Kok ini bukan sekali, malah berulang-rulang kerana ada ustaz-ustaz PAS yang membelanya. Amat biadap Teresa Kok, DAP memang Gestapo.

Gerakan Timur said...

Kehkehkeh..

Abih yg pas pis pus pakai masjid berlenggeng, berceramah politik apa hal?

Followers