Sunday, November 27, 2011

Sidang Dun Perak: Kerajaan negeri tidak cekap urus wang, menuju bankrap

IPOH: ADUN Pasir Panjang yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak , Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mendakwa Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir merupakan sebuah kerajaan yang tidak cekap menguruskan negeri dengan merujuk kepada defisit kerajaan negeri sebanyak RM50.14 juta.

"Defisit RM50.14 juga dengan jelas menunjukkan cara pengendalian wang yang tidak cekap oleh Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta itu tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.

"Pada prinsipnya, bajet ini ialah penggunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya .

Bajet yang dibentang kali ini mengalami defisit yang sangat besar, ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya

Beliau turut mendakwa bajet kali ini menyerupai apa yang dibntangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu khususnya mengenai bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Tamil dan sekolah persendirian Cina (SUWA) di mana kerajaan BN sekarang turut melakukannya.

Oleh: Johari Jaafar

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...