Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh sepertimana tradisi sebelumnya, meneruskan pengurusan ibadah qurban bagi tahun ini. Sebanyak 12 ekor lembu akan dikorbankan pada hari raya Aidil Adha yang pertama, Ahad (6 Nov 2011) ini bermula dari jam 10 pagi.
Pihak surau telah berbesar hati untuk menjemput sesiapa sahaja orang Islam yang ingin mempelajari selok belok pengurusan ibadah qurban ini.
Daripada bermulanya pendaftaran peserta, sembelihan, lapahan, memotong daging, timbangan dan sukatan dan seterusnya pengagihan daging qurban. Semuanya boleh dipelajari dengan turut serta bersama-sama menjalankan setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihak surau.
Peluang ini bukan sahaja untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai ibadah qurban, ianya juga merupakan satu pengalaman baru bagi yang belum pernah ikut serta di dalam mana-mana pengurusan ibadah qurban.
Sila hadirkan diri bersama kelengkapan yang dirasakan sesuai pada hari raya pertama Aidil Adha (seelok-eloknya Solat Sunat Raya Aidil Adha di Surau Al-Ehsan), program akan dimulakan jam 10 pagi.
No comments:
Post a Comment