Bagan Serai, 30 Okt: Kunjungan wakil Muslimat Hamas dari Palestin ke Majlis Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Perak di Masjid Tinggi membuka lembaran baru buat Dewan Muslimat PAS Perak. Pertemuan dalam menjalinkan usahasama antara dua parti politik dari negara yang berbeza membuahkan natijah yang positif ketika membincangkan pergerakan Parti Hamas yang telah berjaya meraih sokongan padu dari rakyat di negara Palestin.
Dalam program sambutan tersebut, wakil Muslimat Hamas iaitu Nura Abu Musa selaku Pengerusi Pertubuhan Pembelaan Wanita dan Kanak-kanak di bawah NGO Hamas yang ditemani oleh sahabatnya, Tahrir telah dijemput menjadi panel dalam slot “Palestin di Hatiku”. Hadir sama, Dr Najihahtussalehah Ahmad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Perak turut dijemput menjadi panel pada hari
Forum yang dianjurkan telah memberi gambaran betapa perit dan tertekannya rakyat Palestin yang ditindas oleh Rejim Zionis sehingga bekalan utama seperti elektrik dan air disekat. Jelas kelihatan di mata muslimat Hamas berkaca-kaca menakung air mata yang tertahan tapi masih mengukir senyuman. Mereka memohon kepada semua umat Islam mendoakan keselamatan negara Palestin di mana semua umat Islam wajib bangun dan membebaskan tanah Palestin walau dengan apa cara sekalipun dari Regim Zionis laknatullah. Harapan beliau itu menimbulkan rasa kesedaran terhadap tanggungjawab membebaskan Baitul Maqdis bukan tergalas di bahu rakyat Palestin sahaja malahan seluruh umat Islam.
Tenang melihat kelibat muslimat Hamas yang tidak pernah letih melaksanakan tugas dan ternyata mereka amat rindukan syahid memberikan semangat buat pengunjung yang hadir mendengar perkongsian dari mereka.
Walaupun tidak banyak dihuraikan, namun masa yang diberi memberi kepuasan buat kami di Perak dalam mendapatkan input dari segi pergerakan pertubuhan mereka. Di akhir perbualan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas jemputan yang diberi.
Di samping itu, kami juga telah memberikan sumbangan duit buat rakyat Palestin hasil dari kutipan pengunjung yang hadir. Sebelum beredar, kami memberikan cenderahati buat mereka sebagai kenang- kenangan.
Oleh: Yasmin Amran
No comments:
Post a Comment