Saturday, September 10, 2011

Wacana Merdeka tambah kekeliruan

IPOH, 10 Sept: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyifatkan Wacana Merdeka yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) semalam gagal menjelaskan tajuk asal perbincangan mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong: Siapa wira sebenar.

Malah, kata Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri al-Amin berkata pentas wacana tersebut lebih menjadi medan mencetuskan polemik baru yang menyanggah fakta besar yang telah diterima pakai selama 54 tahun dengan menafikan sejarah kemerdekaan negara.

Katanya, penafian terhadap kemerdekaan negara pada tahun 1957 itu lahir dari fakta yang disebut berulang kali oleh para panelis wacana bahawa Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British, suatu kenyataan yang tidak disiarkan oleh media massa perdana yang dikuasai kerajaan.

Malah, menurutnya bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar juga menggambarkan bahawa penubuhan Umno pada tahun 1946 bukan untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi hanya untuk memastikan bahawa Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan dahulu.

Tambahnya, manakala penekanan Tun Hanif berkaitan tragedi Bukit Kepong hanya mengisyithar bahawa kematian pasukan polis sebagai wira walaupun tidak menafikan polis ketika itu di bawah pemerintahan British.

Katanya, nama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sering menjadi sebutan Tun Hanif semalam sepatutnya turut dijemput pihak IDR bagi menjelaskan isu berkaitan Ahmad Indera @ Mat Indera.

"Jika ianya diadili sebaiknya, wacana tersebut perlu dihadiri juga oleh Haji Mohamad untuk memperkatakan perkara tersebut.

"Sesungguhnya hasil wacana semalam telah menimbulkan lebih banyak kekeliruan dari menjelaskan keadaan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Soalnya, bagaimana status pejuang-pejuang Melayu Perak seperti Datuk Maharaja Lela Pandak Lam yang dihukum buang negeri dan pejuang-pejuang Melayu lain yang terbunuh ketika dikatakan menentang British.

Katanya, jika Tanah Melayu tidak dijajah, siapakah yang mereka tentang dan siapakah pula yang menghukum dan membunuh mereka.

"Adakah ini angkara Melayu gunakan British untuk menentang dan membunuh sesama Melayu?" soalnya lagi.

2 comments:

Salam said...

Salam saudara, saya seorang guru di Perak,Saya pergi ke program anjuran IDR tempoh hari. Saya x rasa saya makin keliru pon, Saya rasa semakin jelas pemahaman saya, terima kasih kepada ahli panel yang credible dan mahir dalam bidang mereka.

1) Semakin jelas pada saya Pas cuba menegakkan benang yang basah. Sudah-sudah la, yang terjadi x kan boleh diubah. Komunis tetap petualang negara.

2)PAS cuba nak mainkan polemik Mat Indera, cuba nak gaulkan nama mat Indera dengan tokoh-tokoh seperti Tok Janggut dan Dtk. Maharajalela. Tetapi isu utama disini ialah ucapan Mt. Sabu "Hak yang serang tu lah pejuang" beliau merujuk kepada segerombolan komunis yang diketuai Mat Indera yang telah membunuh tanpa belas kasihan, membakar wanita dan kanak-kanak. Takkan itu pown Pas nak cover nak sokong ?

3)Itu isu yang utama, kerana kalau PAS sokong kenyataan Mat Sabu maka PAS seperti menghalalkan semua pembunuhan yang Bintang 3 buat selepas kejatuhan Jepun dari 1942 sehingga serangan Bukit Kepong sendiri pada tahun 1950. Saudara, ribuan melayu mati dalam tempoh itu, Bintang 3 tidak mengenal British mahupun org awam semua dibunuh dan disiksa kejam.

4)Pas tampak menggunakan nama mat Indera untuk mencari jalan keluar menggunakan kekaburan sejarah untuk membela Mat Indera. Tetapi itu bukan isu yang mengguris hati kami, yang mengguris hati kami ialah kenyataan sabu " hak yang serang tu lah pejuang" renung-renungkan.

5)Susah sangat ka nak minta maaf anta semua bukan maksum, Mat Sabu bukan maksum , dia memang dah buat salah dan susahkan Pas, saya sokong pas semenjak saya di Maktab Perguruan Kota Bharu lagi, saya ikut setiap muktamar setiap ceramah ( PUTIK hanya 100 meter dari maktab ) tapi saya kecewa, Isu demi isu pas makin nampak lemah. Tolonglah berkata benar dan jangan putar belit lagi.

PAS Parit said...

Keluarga Mat Indera, Ust Abu bakar al Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ibrahim Yaakob juga telah diguris hati mereka bila mereka dicop sbg komunis oleh British. Yang tu tak nampak kerana tuduhan British disemat dalam hati tanpa pertikai
an.

Followers

Video ajijoi

Loading...