Tuesday, September 20, 2011

Penyediaan Nasi Briyani Arab Ayam Tanam


Penyediaan Nasi Briyani Arab Ayam Tanam diketuai oleh Ustaz Fisol dengan dibantu oleh jemaah yang lain bermula jam 8 pagi dihari jamuan. 


Ramai yang bertanyakan mengenai resepi masakannya. Disini, penyediaan  nasi briyani ini telah dirakam untuk penambahan ilmu buat semua. Selamat mencuba.


Beras basmathi yang telah siap direbus dengan rempah ratus dimasukkan kedalam periuk


Ayam yang telah direbus 3/4 masak dicelupkan kedalam kuah rempah kari yang telah disediakan sebelum ini lalu diaturkan diatas lapisan pertama nasi briyani

Susu cair, kacang peas dan bawang goreng ditaburkan diatas lapisan pertama tadi

Daun sup dan daun saderi juga ditaburkan diatas lapisan pertama

3 lapisan nasi briyani serta ayam dilakukan didalam periuk untuk dimasak




Nasi briyani yang telah siap dimasak

Nasi briyani serta ayam tanam tadi disimpan didalam  bekas . Kelihatan Haji Daud sedang mengaut nasi kedalam bekas dengan dibantu oleh Ustaz Tahir


Dalca juga disediakan oleh chef suami isteri, Ustaz Fisol dan Hajah Mazidah


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...