Tuesday, September 27, 2011

PRU13: PAS Perak lancar medium baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dalam persiapan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 ini telah mengorak langkah untuk memberi ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keperihatinan mereka terhadap suasana politik Negeri Perak melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di PRU 13'. Kami yakin penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat mengzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut.
 
Pertandingan yang akan berakhir pada 31 Oktober ini menyediakan saguhati kepada pemenang-pemenang kedua-dua kategori ini nanti. Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, RM200 untuk tempat kedua dan tempat ketiga pula ialah RM100. Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit tersebut, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, bagi tempat kedua pula ialah RM300 dan RM200 untuk tempat ketiga.
 
Kami mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang PRUke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN). Kami juga berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik IT yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS / Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti. Sebarang penyertaan boleh diemelkan ke jomselamatkanperak@gmail.com.
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Followers

Video ajijoi

Loading...