TAIPING: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak sekali lagi melakukan program mengedarkan sumbangan kuih raya dan juadah berbuka puasa pada 28 Ogos lalu kepada pengunjung di Stesen Bas Kamunting.
Program ini yang diketuai Pengerusi lajnah berkenaan Ustaz Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz , bersama timbalannya Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Taiping .
Lebih 500 bungkus juadah berbuka dan kuih Raya diedarkan kepada pengunjung, penumpang, pemandu teksi, petugas kaunter tiket termasuk juga anggota beruniform dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis.
"Kita juga sempat berkunjung ke Balai Polis berdekatan dan mengedarkan juadah di sana dan sambutan dari anggota Polis sangat baik," ujar Fakharudin.
Beliau berharap Program seperti ini dapat dilaksanakan di setiap kawasan memandangkan para pengunjung mungkin tidak berkesempatan membeli juadah kerana ada yang baru sampai ke destinasi dan ada yang akan bertolak ke destinasi masing-masing.
Program ini yang bermula jam 6.00 petang berakhir sekitar jam 7.00 petang.
Ustaz Fakharudin mengedarkan juadah berbuka dan kuih raya kepada petugas di kaunter tiket |
Ustaz Fakharudin edarkan sumbangan kepada orang ramai |
|
No comments:
Post a Comment