Wednesday, September 14, 2011

Lebih 1000 keluarga terima bantuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut


Ustaz Akmal menyampaikan bantuan

LARUT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut sekali lagi tampil menghulurkan sumbangan berupa wang dan keperluan harian seperti beras,gula,tepung,tea,minyak,baju raya dan lain-lain bagi meringankan beban kepada  lebih 1000 keluarga fakir miskin dan anak yatim yang meliputi beberapa buah kampung di seluruh kawasan Larut.

Ia dilaksanakan melalui program ziarah rumah ke rumah pada pemnghujung ramadhan lalu dan program yang mengumpulkan sejumlah penerima bantuan di tempat-tempat tertentu seperti halaman Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk diagihkan

Menurut Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Nazri Din, dana untuk sumbangan ini diperolehi daripada usaha keras jentera pemuda PAS Larut  yang semakin mendapat kepercayaan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui akaun Dewan Pemuda PAS Larut.

Ustaz Nazri Din menyampaikan sumbangan
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada para penderma terutama keluarga Allahyarham Dato" Seri Yusuf Teh yang sanggup menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka yang berhak." ujarnya.

Sepanjang Ramadhan seramai 1,000 keluarga daripada lebih 2000 keluarga di kawasan Larut telah dapat dibantu . Mereka yang terbabit adalah golongan miskin yang menderita akibat keperitan hidup mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin. memberitahu Harakah Usaha ini juga adalah lanjutan daripada tema Muktamar PAS baru-baru ini iaitu membangun Negara Berkebajikan.

Menurut beliau program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengikut musim perayaan. Selain itu sumbangan ini sebagai memenuhi tuntutan ajaran Islam iaitu sentiasa melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat marhaen.

"Sepanjang ziarah, kami telah melihat sendiri penderitaan mereka, ada yang berbuka puasa dengan pucuk paku kerana tiada wang untuk membeli keperluan lain, ada yang rumah tiada elektrik,ada juga yang menggunakan air telaga yang keruh dan kotor untuk keperluan,".

"Kami dengan rendah diri menjemput semua yang simpati untuk datang melawat dan terus membantu mereka atau boleh menyalurkan terus sumbangan berupa bahan mentah,sedekah,zakat,fidyah,qurban lembu kambing,waqaf,lain-lain atau melalui akaun 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT

Mereka yang bersimpati boleh datang terus ke pejabat No 2A, Bangunan MDS,Kubu Gajah,34130,Selama Perak. Tel pejabat 05-8391691 atau hubungi ustaz Akmal Kamarudin 0195452471, Ustaz Nazri Din 0165033399.

Laporan: Johari Jaafar

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...