Sepanjang bulan Ramadhan, acara rutin yang dilakukan ADUN Pasir Panjang Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin diteruskan. Jadual lawatannya ke kampung-kampung dalam kawasan Pasir Panjang diteruskan dengan pelbagai aktiviti.
Ianya dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang sentiasa beroperasi menghubungkan rakyat dengan wakil rakyat mereka. Dato' Seri Nizar seperti biasa ceria dan mesra, mudah melemparkan senyuman menyenangkan hati penduduk di sekitar Seri Manjung dan kawasan Pasir Panjang bila mereka bersua dengan mereka.
Beliau ke Bazar Ramadhan untuk mengunjungi rakyat yang berkunjung ke sini untuk membeli juadah berbuka puasa. Kehadiran penduduk yang begitu ramai diambil kesempatan oleh Nizar untuk bertanya khabar.
Di samping itu beliau sempat menyampaikan semangkuk bubur lambok kepada pengunjung. Bubur lambok ini disediakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dengan kerjasama Dewan Pemuda. Rata-rata pengunjung merasa sangat bertuah kerana dapat `ole-oleh' dari wakil rakyat kawasan mereka.
Selain dari pengunjung Bazar Ramadhan, bubur lambok ini juga diedarkan kepada pesakit-pesakit dan kakitangan di wad Hospital Seri Manjung.
Dato' Seri Nizar berbuka puasa dan menunaikan solat di surau dan masjid dalam kawasan Pasir Panjang dan menyampaikan tazkirahnya kepada ahli jamaah. Beliau juga akan bersama-sama penduduk dan mengimamkan solat taraweh.
Orang ramai mendengar tazkirah yang disampaikan oleh DS Nizar |
No comments:
Post a Comment