Wednesday, September 21, 2011

Gadai Tanah: PAS Perak akan dedahkan

Kenyataan Media (20 September 2011)
 
GADAI TANAH: PAS PERAK AKAN DEDAHKAN
 
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak kini sedang mengumpul bukti dan fakta kerakusan pimpinan Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di dalam menggadai tanah di Negeri Perak dalam tempoh terdekat ini. Bagi kami, bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 sudah terlalu hampir dan rakyat perlu segera menyedari dan diselamatkan dari kerakusan Umno / BN selama ini dengan pendedahan yang akan diberikan kepada rakyat.
 
Kami juga semakin banyak menerima beberapa maklumat dalaman terkini yang memberikan bahan bukti dan fakta tindakan beberapa orang pimpinan Umno / BN atas isu tersebut. Malah kami juga menerima beberapa 'slip bank' pegawai-pegawai Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir berikutan kemasukan wang 'luar biasa' ke dalam akaun mereka. Kami melihat ketidaktelusan dan kerakusan pimpinan Umno / BN yang telah meyebabkan rakyat menolak mereka di dalam PRU 12 ternyata masih kekal seperti dahulu dan tidak berubah walaupun setelah mendapat peluang kedua melalui cara 'rampasan kuasa' yang membelakangkan rakyat.
 
Kami melihat ketidaktelusan pimpinan Datuk Seri Zambry juga telah memberikan 'kredit' secara langsung kepada kami kerana membuktikan bahawa pimpinan Umno / BN masih mengamalkan kemewahan yang sepatutnya dinikmati secara berkongsi dengan rakyat yang kurang pendapatan. Cara inilah yang dahulunya telah menjatuhkan Umno / BN di Perak dan Datuk Seri Zambry ternyata gagal menghalang budaya ini yang masih terus kekal menjadi amalan mereka.
 
Sebagai contohnya, rakyat boleh melihat semua pimpinan utama Umno seperti Datuk Seri Zambry yang dikatakan mempunyai beberapa rumah peribadinya. Ketua-ketua Pergerakan juga tidak ketinggalan mempunyai kekayaan yang 'luar biasa' yang tidak dinafikan. Disebabkan itulah ketelusan melalui pengisytihakan harta adalah penting bagi menidakkan semua tuduhan liar yang sebenarnya kini menjadi 'perbualan' di kalangan pendokong Umno sendiri.
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

No comments:

Followers