Wednesday, September 14, 2011

Kerajaan lepas tangan kes tanah runtuh di Tronoh


V .Sivakumar melihat sendiri kesan runtuhan tanah di kawasan itu       
TRONOH: Timbalan Prengerusi DAP Perak yang juga ADUN Tronoh, V Sivakumar mempersoalkan tindakan Majlis Daerah Kinta Barat yang meluluskan projek  perumahan Taman Puncak Indah Pusing tanpa penilaian  ujian tanah tanah  untuk membina rumah di kawasan itu.

Akibat dari kecuaian pihak terbabit terjadinya tanajh runtuh yang teruk menyebabkan beberapa buah rumah dan jalan roboh, akibatnya ramai penghuni di kawasan ini berpindah kerana bimbang keselamatan mereka.

Menurut beliau projek perumahan itu yang dimulakan pada tahun 1999 oleh pemaju untuk membina 120 buah unit rumah.  Pada asalnya dikatakan pihak kerajaan hanya meluluskan pembinaan 80 unit rumah. Tetapi, kemudian ia telah ditambahkan kepada 120 unit rumah dengan harga rumah adalah dalam lingkungan RM35,000 hingga Rm100,000.

Setelah rumah-rumah  itu siap dibina, semuanya  telah dijual oleh pemaju pada tahun 2001 dan 2002. Ramai juga yang menghuni di taman tersebut pada masa itu.

"Pada tahun 2006 satu kejadian atau malapetaka telah berlaku di taman ini, berlaku tanah runtuh yang teruk telah menyebabkan beberapa rumah  dan jalan roboh. Akibatnya penghuni-penghuni taman itu terpaksa berpindah keluar meninggalkan rumah-rumah mereka.

"Setakat ini dikatakan kajadian tanah runtuh telah berlaku sebanyak tiga kali," ujar beliau.
Kawasan perumahan Puncak Indah , Pusing
Menurut beliau lagi Kini hanya 12 keluarga  sahaja yang menetap di Taman Puncak Indah Pusing . Bilangan ini hanya merupakan 10 peratus daripada jumlah unit rumah di taman ini. Ini bermakna 90 peratus daripada rumah-rumah itu telah ditinggalkan begitu sahaja kerana bimbang keselamatan mereka.

Menurut beliau lagi, selepas kejadian tanah runtuh itu berlaku Menteri Besar ketika itu Dato Seri Tajol Rosli Ghazali pernah melawat tapak tersebut. Walaupun kerajaan negeri pernah berjanji untuk mengambil tindakan segera  tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Rumah-rumah itu dibiarkan begitu sahaja sehingga barang-barang besi, dawai dan lain-lain lagi telah dicuri orang. Rumah-rumah ini dikelilingi belukar. Pemilik rumah-rumah itu terpaska membayar hutang di bank walaupun rumah mereka rosak dan tidak boleh didiami lagi.

"Ini merupakan satu bentuk penipuan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam projek ini. Ada juga rumah-rumah yang telah dilelong oleh pihak bank," ujar beliau.

Apabila ada pihak yang ingin membeli rumah di situ, pihak bank pula tidak mahu memberi pinjaman. Ini membebankan orang yang mahu menjual rumah mereka.

Beliau juga mempertikaian bagaimana sijil kebenaran menduduki (CF) dikeluarkan, adakah semua syarat-syarat keselamatan dipenuhi.

"Adakah kelulusan telah diperolehi daripada pihak Geologi dan Bomba mengenai  aspek keselamatan, bagaimana jurukur tanah, jurutera dan perancang bandar terlepas pandang mengenai keselamatan tapak tanah untuk membina rumah-rumah kediaman," ujar beliau.

"Apakah tindak balas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyelesaikan masalah ini? Setakat ini pemilik-pemilik rumah itu memang tidak dipedulikan," katanya.

Sehingga kini tanah runtuh itu masih tidak dibaik pulih oleh pihak pemaju mahupun oleh kerajaan walaupun sudah lima tahun berlalu. Akibatnya yang menjadi mangsa ialah rakyat biasa yang telah diperdaya  untuk membeli rumah di tempat yang tidak selamat.

"Saya minta supaya kerajaan dan semua pihak yang terlibat untuk membuka semula fail ini bagi membantu mangsa-mangsa yang kehilangan rumah," tegasnya.

Laporan: Johari Jaafar

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...