Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Tuesday, September 20, 2011

Persediaan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau Al-Ehsan

Sebaik selesai menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu, perancangan mula diatur untuk meneruskan tradisi setiap tahun, iaitu mengadakan jamuan hari raya di Surau Al-Ehsan.

Jamuan tersebut diadakan setiap tahun bagi meraikan penduduk setempat yang berhampiran dengan surau. Inilah harinya bagi jemaah surau serta keluarga mereka bergaul dan bersilaturrahim dengan penduduk sekeliling, baik yang muslim mahupun yang bukan muslim.

Satu jawatankuasa kecil dibentuk bagi merancang serta menjayakan sambutan tahun ini. Menu serta budget pun dirangka dengan kesesuaian kewangan serta sasaran kehadiran.

Nasi Briyani Arab Ayam Tanam, menu utama yang dicadangkan kerana waktu makan tengahari telah dipilih untuk mengadakan jamuan. Laksa, Ketupat Palas, Rendang Daging dan Kuih Raya menjadi pelengkap kepada menu utama yang telah dipersetujui bersama.

18 September 2011, tengahari Ahad dipilih untuk diadakan jamuan kerana Ustaz Abu Bakar berkelapangan untuk bersama-sama menjayakan sambutan tersebut.

Nasi Briyani Arab Ayam Tanam

Menu utama, Nasi Briyani Arab Ayam Tanam yang menjanjikan keistimewaan bagi sambutan jamuan hari raya Surau Al-Ehsan tahun ini memerlukan bahan-bahan masakan yang tidak terdapat di Ipoh. 

Ini membawa kami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rempah-rempah masakan Arab serta beras basmathi. Disana juga, hanya satu tempat sahaja iaitu di Jalan Masjid India yang menjual rempah ratus yang diperlukan untuk menghasilkan nasi briyani tersebut.

Ustaz Fisol dan Haji Omar sedang memilih rempah yang diperlukan

Pelbagai rempah ratus yang istimewa dan tiada terdapat dimana-mana tempat 

Rempah ratus yang telah siap dipilih

Beras Basmathi, Super Extra Long Grain


Perancangan yang diatur dengan semangat kerjasama ukhuwwah yang kukuh diantara jemaah surau memudahkan perjalanan persediaan jamuan hari raya Surau Al-Ehsan tahun ini. 

Permulaan sesuatu pekerjaan yang diniatkan dengan keikhlasan dan kebaikan pasti membuahkan hasil yang baik lagi berjaya.


Rendang daging dan laksa dimasak malam sebelum jamuan 


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...