Tuesday, September 6, 2011

Dewan Ulama' Pas Perak sumbangkan RM30 ribu untuk dana umat Islam Palestin

IPOH, Dewan Ulama' PAS Perak melalui ketuanya Ustaz Shuaid Din telah menyerahkan kutipan sumbangan derma sebanyak rm 30 ribu kepada Syeikh Dr Mohammad Mahmoud Siyam ( Mantan Imam Masjidil Aqsa ) dalam satu program memperingati perjuangan umat Islam Palestin yang dianjurkan Dewan Ulama' PAS Perak baru-baru ini.

Program itu diadakan di Surau Taman Hiburan, Ulu Kinta, Tambun yang dibanjiri masyarakat setempat dan masyarakat sekitar Ipoh yang turut mengikuti kupasan isu terkini oleh Syeikh Dr Mohammad Mahmoud Siyam berkenaan bumi Palestin.

Program yang dianjurkan oleh Dewan Ulama' PAS Perak ini banyak memberi kesan positif kepada rakyat akan betapa pentingnya perjuangan membebaskan bumi Palesti dari cengkaman penjajah zionis israel.

Memetik ucapan Syeikh Dr Mohammad Mahmoud Siyam " Saya mewakili seluruh umat Islam di Palestin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh rakyat Malaysia kerana sanggup mengorbankan sedikit dari harta kalian untuk kemenangan perjuangan umat Islam Palestin, dan kami sentiasa berdoa kepada Allah agar kita semua ditemukan di syurga nanti".

" Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan Ulama' PAS Perak karana sentiasa membantu perjuangan umat Islam di Palestin, tiap-tiap tahun wakil Ulama' Palestin datang ke Malaysia, Dewan Ulama PAS Perak antara penyumbang terbesar untuk diberikan kepada umat Islam Palestin"

" Saya juga mengharapkan agar Dewan Ulama' PAS Perak terus menghidupkan isu perjuangan umat Islam Palestin di Perak dan hubungan antara Dewan Ulama' PAS Perak dan umat Islam Palestin akan terus berkekalan buat selama-lamanya", jelas beliau.

Sementara itu menurut Ketua Dewan Ulama' PAS Perak, Ustaz Shuaid Din beliau menyatakan bagi Dewan Ulama' PAS Perak agenda pembebasan bumi Palestin dari cengkaman zionis israel adalah antara agenda utama misi dan visi Dewan Ulama' PAS Perak.

Memetik ucapan beliau " Dewan Ulama' PAS Perak sangat meyakini bahawa Allah SWT akan senantiasa menurunkan keberkatan dan kekuatan kepada perjuangan PAS selagi mana kita sentiasa membantu perjuangan umat Islam Palestin, kerana masalah Palestin adalah tanggungjawab kita bersama "  

http://perak.pas.org.my/

No comments:

Followers