IPOH (18.9.11): Jamuan Hari Raya Surau Al-Ehsan bagi tahun ini berjaya diadakan dengan kehadiran dianggarkan sedikit melebihi 300 orang berbanding dengan sasaran awal iaitu 400 orang jemputan.
Koleksi foto-foto semasa jamuan diadakan dipaparkan disini untuk tatapan semua.
| Berehat sementara menunggu kehadiran tetamu |
| Ustaz Abu Bakar Hussein |
| Antara yang terawal menjamu selera |
| Haji Omar dan Chor Zulkarnaini melayan tetamu |
| Shafie, tokeh besi sedang makan bersama adik dan anaknya |
| Anak-anak qaryah menjamu selera |
| Megat, pembantu peribadi YB Dr Lee Boon Chye sedang menikmati laksa |
| Haji Daud, Pengarah Jamuan sedang memilih lemang |
| Muslimat sedang menikmati jamuan dibawah surau |
| Hafizi yang ditugaskan untuk menjaga sistem pembesar suara |
| Orang kuat Surau, (dari kiri:) Haji Omar, Chor Zulkarnaini dan Shamsul Baharin |
| Pengarah jamuan sedang membincangkan sesuatu bersama chef surau. Daripada ukiran senyuman, ternyata berpuas hati dengan hasil kerja hari ini |
| Ustaz Abu Bakar Hussein menyampaikan ucapan aluan |
| Mengalu-alukan kehadiran orang ramai |
| Ustaz Bakar berterima kasih dengan pihak ajk surau yang masih meneruskan tradisi jamuan hari raya ini |
| YB Dr Lee Boon Chye sedang menikmati jamuan |
| Remaja qaryah surau |
| Cikgu Naser yang ditugaskan sebagai pengacara majlis |
| Dari kiri: Dr Hadhrami, Ustaz Fisol dan Ustaz Che Leh |
| YB Dr Lee menyampaikan sepatah dua kata |
| YB Dr Lee Boon Chye |
| Ustazah Hajjah Bariah Alang Sapri sedang menikmati laksa |
| YB Chang Lih Kang disambut oleh Ustaz Abu Bakar |
| Ustaz Fisol berbesar hati kerana YB Chang sudi hadir sama |
| Cikgu Naser memulakan acara cabutan bertuah |
| Pemenang pertama menerima hadiah daripada Ustaz Bakar |
| Kanak-kanak turut menerima hadiah cabutan bertuah |
| Begitu juga dengan yang bujang |
| Sdr Megat menerima hadiah daripada Ustaz Bakar |
| Kemeriahan majlis terserlah diwajah mereka |
| YB Chang juga diantara yang bertuah hari ini |
| YB Dr Lee dan YB Chang terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ketempat lain pula |
| Ustaz Fisol menyampaikan hadiah |
| "Cabut lagi, Ustaz," kata Shamsul |
| Bibik gembira menerima hadiah |
| Haji Rahim Md Ariff, YDP Pas Gopeng tersenyum lebar menandakan kejayaan Surau Al-Ehsan didalam mengadakan jamuan hari raya |
No comments:
Post a Comment