IPOH 19 JUN: Hari ini kami sekeluarga meraikan majlis perkahwinan sepupu isteri saya iaitu Norazleen Binti Ahmad Zakri bersama pasangannya Muhammad Ashraf Shah Bin Hj. Zainal Abidin Shah di Dewan Bankuasi Carsem, Kg Rapat, Ipoh.
Seperti biasa, setiap kali menghadiri majlis perkahwinan, 'program gatal tangan' saya akan berlangsung tanpa disuruh.


Bapa pengantin perempuan menyambut kehadiran tetamu

Ahmad Zakri melayani tetamu yang hadir

Norsiah Mat Jan (tudung hitam), ibu kepada pengantin
perempuan menyambut tetamu

Tetamu menjamu selera

Wakil daripada pihak pengantin perempuan
melayani tetamu yang sedang menikmati
jamuan


Antara tetamu yang hadir

Hadiah gula-gula buat tetamu kecil

Yang tua juga tidak dilupakan, tetap menerima coklat.

Persembahan 'live band' untuk menghiburkan tetamu dan
memeriahkan majlis perkahwinan

Pengantin lelaki bersama rombongannya tiba

Ashraf yang segak berpakaian serba putih

Pasangan pengantin disatukan

Berjalan masuk ke dalam dewan

Diiringi paluan kompang

Serta saudara-mara

Pengantin menuju ke meja santapan utama

Pasangan raja sehari yang diraikan hari ini

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua

Bacaan doa

Doa dipanjat mohon kehidupan lebih berkat


Ucapan daripada ayahanda pengantin perempuan,
Saudara Ahmad Zakri

Mendengar ucapan ayahanda dengan penuh teliti kerana
setiap bait katanya sarat berisi

Menu istimewa di meja santapan utama

Raja sehari bersantap dengan penuh selera

Kami sekeluarga mendoakan agar pelayaran bahtera
kehidupan pengantin diberkati dan di dalam pimpinan
serta hidayah Allah Taala sentiasa
1 comment:
TQ a.ajijoi & nyah coz sudi dtg mjlis kteorg...we truly appreciated..mujur ade nyah & family bg support..hee..tq so much..
Post a Comment