Monday, January 26, 2009

Sekolah Hidayah kecurian wang tunai RM28,000.00


Kejadian hanya disedari pagi tadi dengan kesan pintu grill besi dan pintu sliding terkopak di pecah masuk.

Kompleks Pendidikan Al-Hidayah, Rapat Setia Ipoh ini dikesan kecurian di tiga bangunan yang menempatkan Sekolah Rendah (sekitar RM2,000), Sekolah Menengah (sekitar RM8,000 beserta sebuah kamera digital dan laptop yang baru dibeli) dan Pejabat Eksekutif (sekitar RM18,000).

Kesemua wang tunai ini termasuklah yuran persekolahan, wang kantin dan wang koperasi diletakkan didalam laci meja yang berkunci. Kesemua resit-resit yang beserta dengan wang tersebut tidak diambil.

Sekolah tersebut yang tidak mempunyai pengawal dan kelengkapan sistem CCTV begitu berani meninggalkan wang yang sebegitu banyak didalam bangunan sekolah yang bercuti panjang sempena cuti umum sambutan perayaan tahun baru cina. Tambahan pula kedudukan sekolah yang jauh terpencil daripada kawasan perumahan mahupun laluan orang ramai.

Mengikut peraturan yang saya fahami bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan menyimpan sejumlah wang tunai yang banyak di dalam premis dan sentiasa disimpan samada di bank mahupun diserahkan kepada pengarah dan eksekutif sekolah.

Adalah lebih baik jika wang tunai tersebut dihantar ke bank (waktu pejabat) ataupun di simpan melalui mesin deposit wang di bank (di luar waktu pejabat).

Bagaimana pula sebuah kompleks pendidikan yang begitu besar dan terpencil tidak mempunyai seorang pengawal untuk menjaga keselamatan bukan sahaja bangunan sekolah tetapi juga pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Setiap sen daripada yuran yang dibayar oleh ibubapa pelajar perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Sebagai satu ikhtiar, dinasihatkan agar pihak sekolah mengadakan solat hajat tanpa hanya membiarkan wang tersebut lesap begitu sahaja.

Pihak pengurusan sekolah juga perlu meningkatkan sistem kawalan keselamatan di sekolah dan mematuhi garis panduan sekolah di dalam sistem pengurusan kewangan agar perkara yang seumpama ini tidak berulang lagi. Kecuaian patut dihindarkan supaya kejadian kecurian tidak berlaku.

Sebagai sebuah sekolah agama yang terkenal dan ramai orang-orang ternama di Ipoh ini menghantar anak-anak mereka bersekolah, pihak pengurusan perlu mengambil sepenuh tanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

2 comments:

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam...ana yang duk dekat tu pun tak perasan la apa yg terjadi...apa pun ana doakan agar sekolah dkt umah ana tu selamat...
dulu pernah juga hilang-hilang besi...tekujut juga ana hilag dunit...

hud hud said...

salam...la ni same same kite pakat bantu kurangkan beban sekolah...jangan salah menyalah...yang utama ngadu pada Allah...ye dak...

Followers