Thursday, October 25, 2012

Isi khutbah perlu dikaji supaya lebih berkesan kepada rakyat

IPOH: PAS Perak mencadangkan agar pihak berkaitan sentiasa mengadakan kajian serta pemantauan secara formal mengenai keberkesanan penyampaian khutbah kepada masyarakat, terutama umat Islam, jelas Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau mencadangkan agar kajian mengenai keberkesanan khutbah Jumaat dan khutbah dua Hari Raya sering diadakan melalui kursus-kursus pemantapan perkhidmatan pegawai masjid yang diadakan dari semasa ke semasa.

Ini kerana khutbah Jumaat dan khutbah dua Hari Raya merupakan salah satu saluran penyampaian maklumat kepada umat Islam.

Menurutnya, setiap khutbah yang dikeluarkan adalah bertujuan menyedarkan masyarakat mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, selain isi kandungannya juga berkisar tentang munakahat, muamalat dan jinayat.

"Pada umumnya khutbah Jumaat amat berfungsi untuk menyegarkan nilai-nilai taqwa seperti yang dikehendaki dalam Islam.


No comments:

Followers