Monday, October 22, 2012

Jelajah Perakite peniup semangat gelombang PRU13 di Perak


Jelajah Perakite, satu program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah serta Lajnah Pemerkasaan Parti Pas Perak bagi membawa pimpinan baik diperingkat negeri mahupun diperingkat kawasan untuk menjelajah ke seluruh kawasan di negeri Perak bagi bertemu dengan rakyat dan juga ahli-ahlinya.

Sebanyak dua buah bas digunakan untuk membawa pimpinan menjelajah kali ini. Satu bas menuju ke utara dengan AF Ustaz Abu Bakar Hussin dan Dato' Mahfuz Omar sebagai pimpinan utamanya manakala sebuah bas lagi menuju ke selatan dengan Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan YB Dr Hatta Ramli.

Agak malang sedikit bagi kumpulan yang menjelajah ke utara kerana Dato' Mahfuz Omar tidak dapat bersama-sama akibat demam. Tweet beliau kepada saya bagi memaklumkan ketidakhadiran beliau sepertimana gambar dibawah.


Penulis yang mengikuti jelajah ini bersama-sama di dalam bas yang menuju ke utara, akan cuba membawakan laporan bergambar sepanjang perjalanan kami yang bermula seawal jam 5.00 pagi sehinggalah berakhirnya di Markas Tarbiyyah Pas Tambun di Taman Meru, Ipoh.

Melalui pengamatan penulis serta beberapa maklumbalas yang diterima, program ini telah berjaya memecahkan kesunyian serta kebekuan ahli-ahli serta warga Perak dalam gerakerja pilihanraya ke-13 nanti yang banyak tertangguh semenjak bulan puasa yang baru berlalu.

Ianya juga telah meniup semangat bagi gelombang pilihanraya yang dikatakan bakal berlaku bila-bila masa saja.

Dan sehingga kini, telah ada perbincangan-perbincangan dalaman yang ingin meneruskan siri Jelajah Perakite ini bagi kawasan-kawasan yang belum di jelajah di dalam program yang pertama.

Bagi kawasan-kawasan yng belum dijelajah, bolehlah memulakan mesyuarat bagi merancang serta mengatur persiapan dan program yang dirasakan sesuai bagi Jelajah Perakite 2 nanti.

Segalanya akan ditentukan sedikit masa lagi.

Sementara itu, marilah kita sama-sama mengikuti perjalanan bas Jelajah Perakite yang menuju ke utara di dalam entri-entri yang berikutnya di blog ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...