Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Sunday, October 28, 2012

Ibadah Qurban & Aqiqah: 9 korban di Surau Al-Ehsan


Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh sekali lagi mengadakan majlis ibadah qurban dan aqiqah bagi tahun ini. Oleh kerana Hari Raya Eidul Adha jatuh pada hari Jumaat, maka penyembelihan qurban dan aqiqah dilakukan pada hari raya kedua iaitu hari Sabtu.

9 ekor lembu kesemuanya (1 1/2 ekor aqiqah dan selebihnya qurban) dikorbankan tahun ini.

Acara majlis ibadah qurban dan aqiqah anjuran Surau Al-Ehsan tahun ini berjalan dengan baik dan selesai lebih awal daripada yang dijadualkan. Kerjasama dan komitmen yang baik daripada ajk perlaksana, peserta dan ahli qariah yang membuatkan semua kerja menjadi mudah pada hari tersebut.

Mari kita saksikan perjalanan dan suasana majlis tersebut melalui 'timeline' bergambar dibawah.

Pendaftaran berlangsung seawal 8 pagi lagi.

Roti canai disediakan sebagai sarapan buat kesemua yang hadir

Perut perlu diisi dahulu sebelum membuat kerja

Ustaz Faisol, Timbalan Pengerusi Surau Al-Ehsan dan juga selaku Pengarah Program Qurban tahun ini memberikan sedikit taklimat sebelum memulakan majlis. Beliau juga menyampaikan ucapan salam dan maaf daripada Pengerusi Surau iaitu Ustaz Abu Bakar yang tidak dapat bersama-sama kerana terpaksa berada di Parit Buntar untuk majlis yang serupa.

Lembu aqiqah pertama telah siap ditumbangkan. 

Ustaz Faisol menyembelih lembu aqiqah yang pertama


Sedang cuba untuk menumbangkan lembu yang kedua.

Lembu telah sedia untuk dikorbankan.

Ustaz Faisol menyembelih lembu yang kedua

Haji Badrun menyembelih lembu yang ketiga

Kerja menumbang dan mengikat lembu untuk disembelih bukanlah satu kerja yang mudah

Haji Abdul Aziz menyembelih lembu yang kelima

Muslimat surau turut mengambil bahagian dalam melapah lembu qurban

Pengalaman pertama mereka melapah lembu

Zaki sudah biasa dengan kerja-kerja melapah sebegini

Lembu tanpa kepala atau kepala tanpa lembu?

Wak yang berbaju hitam ini memang setiap tahun datang untuk membantu. Dan bahagian mengapak tulang adalah kegemarannya. Umurnya? Hampir 80 tahun jika tak silap saya

Disini bahagian memotong daging lembu yang telah siap dilapah

Daging dipotong kecil-kecil untuk tujuan memasak

Daging ditimbang sebanyak 2 kilo untuk peserta dan 1 kilo untuk petugas dan agihan awam.

Daging yang telah siap ditimbang dan dibungkus akan dikumpulkan ditempat agihan.

Gambar ini untuk facebook, katanya. Ada sesiapa kenal atau friend dengannya di Facebook?

Kerjasama antara golongan tua dan muda terserlah disini

Haji Abdul Aziz sedang menyembelih lembu yang ke lapan

Haji Omaran menyembelih lembu yang terakhir, ke sembilan

Cikgu Omar memotong tulang rusuk dengan menggunakan mesin gergaji

Abang Bangla ini rajin dan berpengalaman dalam membuat kerja. Beliau juga antara muazzin di Surau kami

Isteri Ustaz Bakar bagaikan pakar bedah. 

YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abdul Rahim juga membantu sama

Ustaz Faisol selaku Master Chef di surau kami sedang memasak sup tulang dengan dibantu oleh Zamzuri

Bahagian pemotongan tulang

Daging sedang dibawa ke meja pemotongan




Doktor-doktor pelatih sedang menjalankan praktikal sambil diperhatikan oleh doktor pakar. 

Cikgu Omar yang bertindak selaku juruacara. 

Peserta aqiqah yang mengagihkan hadiah buat kanak-kanak sempena kelahiran bayi mereka. 

Haji Daud sedang membantu Ustaz Faisol memasak

Daging masak kicap yang 'rumba nallarrekek'

Dua sahabat lama bertemu


Haji Sulaiman bertugas di bahagian pembersihan perut

Sup dah siap, dah boleh makan...

Tak sampai 10 minit, semuanya sudah licin. Master Chef terpaksa memasak untuk kali yang kedua

Orang dapur makannya pun di dapur

YB Chan MIng Kai, Adun Simpang Pulai betul-betul langkah kanan sewaktu berkunjung ke surau kami. Beliau disambut oleh Tuan Haji Rahim

Adun pun kaut nasi sendiri...

Sempat berbincang sewaktu makan

Daging-daging yang telah siap dibungkus, dikawal selia oleh Hajah Mazidah 

Menanti untuk diagihkan kepada peserta, petugas, penduduk sekitar surau serta beberapa rumah anak yatim

Bakal pengantin yang 'ganas' membaham tulang gear box
Pihak Surau Al-Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ibadah qurban dan aqiqah bagi tahun ini. Semoga segala kerja yang dilakukan pada hari tersebut diterima Allah Taala sebagai pahala ibadah.

Bagi perancangan majlis qurban dan aqiqah Surau Al-Ehsan tahun hadapan, pihak surau sedang mengumpul peserta untuk mendapatkan unta sebagai binatang qurban. Setakat ini sebanyak 3 ekor unta telah berjaya dikumpul dengan setiap bahagian (pangku) berharga RM1,000 dengan pembayaran sebanyak RM100 boleh dilakukan selama 10 bulan.

Juga ada dicadangkan agar beberapa ekor kambing disenaraikan sebagai binantang qurban atau aqiqah untuk tahun hadapan. Kepada yang berminat, bolehlah mula menghubungi pihak surau untuk menempah bahagian anda.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...