Wednesday, October 24, 2012

Soi Lek hina hudud: Pas Perak persoal mana suara pemimpin dan menteri Umno?

Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia, Jelas Ustaz Abu Bakar Hussian, Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau menyatakan, Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan. Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Sehubungan itu Pesuruhjaya PAS Perak itu mempersoalkan dimana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato seri Jamil Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi  pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan? 

Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang dilakukan oleh JAKIM terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud yang datangnya daripada Allah swt mengatasi ideologi serta logik akal pemikiran manusia. Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan JAKIM khususnya Dato Seri Jamil Khir  terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh parti politik, tegas beliau.

Turut menyedihkan, apabila para mufti turut menutup mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang teraba-raba mencari kebenaran, jelas beliau.

Justeru beliau menimpulkan bahawa, Persoalan undang-undang jenayah Islam yang menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu. Disamping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang dilakukan oleh Musuh Allah SWT yg berniat jahat terhadap Islam. 

Justeru, PAS Perak menyeru semua pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen penerangan soal keindahan undang-undang Islam. 

http://perak.pas.org.my/

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...