Tuesday, October 23, 2012

Jelajah Perakite: Motivasi Pilihanraya acara penutup


Sebagai acara penutup bagi program Jelajah Perakite ini, kedua-dua bas yang dari utara dan selatan akan bertemu semula pada waktu yang telah ditetapkan di Markaz Tarbiyyah Pas Tambun di Taman Meru, Ipoh.

Satu perjumpaan kesemua YDP, S/U dan AJK Kawasan dinegeri Perak ini, termasuklah Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama, bertujuan untuk diberikan satu motivasi bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Isi kepada motivasi ini tidak dapatlah saya kongsikan disini kerana ianya menyentuh perihal dalaman parti. Oleh yang demikian, mari kita lihat saja siapakah yang telah diamanahkan untuk memberikan motivasi tersebut.

Ustaz Nuri Al-Amin, Ketua Lajnah Penerangan Pas Perak bertindak selaku pengerusi bagi majlis ini

YB Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat

Ustaz Misbahul Munir selaku Pengarah Program Jelajah Perakite

Antara pimpinan yang turut serta


Semangat yang jitu daripada kehadiran muslimat

AF Ustaz Abu Bakar Husain, Pesuruhjaya Pas Perak


Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak

YB Dr Hatta memberikan maklumat terkini mengenai persiapan pilihanraya Pas

Ustazah Nuridah mewakili suara pimpinan muslimat

Insya-Allah, jika diizinkan Allah, program Jelajah Perakite 2 akan menyusul ditempat anda. Nantikan ketibaan pimpinan Pas Perak serta beberapa orang pimpinan Pas daripada Pusat untuk bersama-sama anda.

No comments:

Followers