Thursday, October 11, 2012

Pincangnya pemilihan

Semalam telah diadakan pemilihan wakil kesatuan ditempat kerja. Pemilihan ini diadakan setiap tahun.

Dalam setiap pemilihan, pasti ada perebutan. Yang menyandang tetap ingin mempertahankan jawatan mereka manakala yang menentang akan cuba untuk mengambil alih kuasa.

Bagi penyandang, mereka akan membuaikan kebaikan yang telah mereka perbuat dan menyemai janji-janji baru.

Bagi penentang pula, mereka akan membongkar kesalahan dan kepincangan yang telah dilakukan penyandang, sama ada yang disedari ataupun tidak disedari oleh ahli.

Tetapi bila tiba hari mengundi, pihak penyandang tetap menang dan terus memegang jawatan tersebut.

Mengapa?

Kerana ramai ahli yang tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku disekeliling mereka. Siapa diatas dan apa yang mereka telah perbuat bukanlah menjadi isu bagi mereka selagi mana periuk nasi mereka masih berasap.

Lain pula halnya dengan pihak yang menentang. Mereka bukan menentang kerana saja suka-suka menentang, tetapi mereka menentang kerana mahu menyelamatkan keadaan.

Mereka juga bukanlah jenis yang suka memegang jawatan tetapi terpaksa menyandang jawatan tersebut sekiranya perlu demi menegakkan 'Yang benar itu benar, yang salah itu salah'.

Semasa pemilihan dilihat ramai yang selesa sekadar menjadi pemerhati. Tidak mengundi kerana tidak mahu dilihat berpihak. Hanya mengikut arus kemana saja dihanyutkan nanti.

Ada juga yang hanya mengikut-ngikut, apa yang kawan rapat pilih, itulah yang mereka pilih. Tidak langsung mahu mengambil masa untuk berfikir buruk dan baiknya.

Ada juga sekelompok yang tidak mahukan perubahan, cukuplah dengan apa yang ada.

Beginilah pincangnya pemilihan kerana ramai lebih mementingkan diri sendiri, bukan orang kebanyakan.

Jika hal yang sebegini berlaku didalam pemilihan pemimpin negara nanti, maka kemanalah hala tuju kehidupan rakyat? Masihkah terus selesa begini? Atau perlu mencuba perubahan kepada yang lebih baik?

No comments:

Followers