Tuesday, October 23, 2012

Jelajah Perakite: Makan kenduri di Felda Lasah


Seterusnya rombongan kami bertolak ke Felda Lasah di Sg Siput.


Sekitar jam 12.30 tengahari, kami tiba disana dan tempat persinggahan kami adalah masjid yang terletak di dalam Felda Lasah itu. Kami berehat disana sehinggalah masuknya waktu solat Zohor.


Tengahari itu, suasana bagaikan solat Jumaat kerana penuh masjid bersolat jemaah disitu.


Setelah selesai solat Zohor, kami dibawa ke sebuah rumah di dalam tanah rancangan Felda itu untuk menjamu selera. Kebetulan, terdapat kenduri doa selamat diadakan bagi meraikan seorang anak peneroka disitu yang akan melanjutkan pelajaran ke Indonesia. 


Rombongan kami disambut meriah oleh penduduk di situ.

Jamuan makan tengahari 


Pemimpin daripada masyarakat India juga turut serta. 





Haji Razman memberikan sedikit ucapan bagi pihak rombongan kami


Penulis diberitahu bahawa orang ini adalah SB Polis. Dia dan sahabatnya yang seorang lagi (terlindung-berbaju oren)  mengambil gambar dan merakam keadaan sekitar serta ucapan Haji Razman secara berdepan.



1 comment:

Budak Kampung Kita said...

Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA!!!!!!!!
http://rizalmat.blogspot.com/2012/10/pramugari-koma-di-tanah-sucimesti-baca.html

Followers

Video ajijoi

Loading...