Monday, October 22, 2012

Parlimen dibubar minggu hadapan?

Berikutan dengan beberapa perkara yang dilakukan kerajaan BN ketika ini, Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat mengandaikan yang parlimen bakal dibubarkan seawal minggu hadapan.

Beliau menyatakan demikian ketika mengikuti program Jelajah Perakite anjuran Lajnah Penerangan Pas Perak bersama dengan Lajnah Pemerkasaan Parti Pas Perak yang menaiki dua buah bas (sebuah ke utara dan sebuah lagi ke selatan) bagi bertemu dengan rakyat Perak semalam.

Sesi perbahasan mengenai belanjawan di parlimen yang diberi notis pemberhentian bersidang secara tiba-tiba adalah salah satu daripada rujukan beliau dalam membuat andaian mengenai pembubaran parlimen bakal dilakukan Perdana Menteri dalam masa yang terdekat ini.

Seperkara lagi adalah kenyataan-kenyataan melampau pemimpin-pemimpin BN daripada parti Gerakan dan MCA yang menyerang dan menghina hukum Islam dan Tuan Guru Nik Aziz.

Kenyatan mereka itu menurut beliau lagi adalah satu provokasi untuk memerangkap Pas dan Pakatan Rakyat dalam menjawab dan membalas isu tersebut. PR perlu bijak dalam permainan isu ini agar tidak terperangkap dan memberi kelebihan kepada BN untuk memainkan isu ini di dalam media-media mereka menjelang pilihanraya umum ke-13 ini.

Peluang Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya kali ini semakin meninggi manakala BN kini sedang menjunam turun, kata Dr Hatta lagi.

Beliau mengingatkan seluruh jentera parti Pas Perak agar terus istiqamah dalam menjalankan kerja-kerja parti bagi memenangkan calon-calon Pas dan merampas kembali pemerintahan negeri Perak ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...