Jika dibaca pada tajuk yang tertulis seperti diatas didalam akhbar perdana ataupun laman web Umno atau penyokongnya, tiada yang menghairankan memandangkan kedudukan Zambry yang dikatakan sebagai Menteri Besar Perak.
Tetapi apabila dilihat kepada gambar-gambar semasa program Sembahyang Dhuha Zambry bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa sepertimana yang tertera pada banner yang digantung dimasjid tersebut, tidaklah sehebat mana sambutan yang diberikan kepada Zambry mahupun Hamidah sebagai penganjur program.
Jangankan rakyat warga penduduk Kg Melayu, Sg Rapat tersebut, ahli-ahli Umno disana pun tidak kelihatan.
Harap-harap semoga Zambry Abdul Kader sedarlah bahawa kuasa yang diperolehi dengan rampasan selamanya tidak akan direstui dan bertahan lama.
5 comments:
Entah berapa ribu RM peruntukan utk projek itu Hamidah gasak!
Boleh pulak ahli politik ceramah kat tempat umat Islam solat?
Alhusein yang bodoh jangan bercakap jikalau tak tahu
Setuju YONG .. ada tauliah ke? wakakak !!!
Terima kasih kerana memberi publisiti terhadap pemimpin no.1 Perak walaupun tidak ikhlas.
Saya cuma nak tegur bahawa niat penulis blog ini ternyata untuk memperlekehkan sambutan orangramai terhadap lawatan MB ke Dun Sungai Rapat.
Untuk pengetahuan MB mengimamkan solat jemaah fardhu Zohor di taman desa Aman. makmumnya adalah terdiri daripada pemimpin yang mengikuti rombongan sahaja. Oleh kerana kelewatan MB sampai ke surau taman Desa Aman maka ramai hadirin telah pun bersembahyang jemaah fardhu zohor.
Saya rasa tidak perlu ada tauliah kerana MB bukan berceramah politik atau hal agama cuba memberi ucapan terima kasih dan membuat kenyataan mengenai peruntukan yang diluluskan sahaja.
jangan tertipu dengan dakyah blogger perkakas DAP yang cuba memperlekehkan kepimpinan umat Islam
jangan kita terperangkap dengan propaganda jahat mereka yang akhirnya memecahkan perpaduan sesama umat Islam
sekian Terima kasih
Post a Comment