Friday, October 21, 2011

Himpun: Pas Perak sokong kenyataan Presiden Pas

IPOH, 21 Oktober, PAS Perak menyokong kenyataan Presiden PAS yang mahu aqidah umat Islam dipertahankan melalui gerakan dakwah dan penguatkuasaan undang-undang tetapi bukan melalui gerakan yanIPg boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, sejak dulu lagi PAS sememangnya tegas dalam isu yang melibatkan aqidah umat Islam, beberapa badan bertindak ditubuhkan oleh PAS apabila Nor Aisyah dimurtadkan, begitu juga Hartina Kamaruddin dan juga Lina Joy. PAS juga pernah menyokong kenyataan Mufti Perak yang mendedahkan ratusan ribu umat Islam telah murtad, UMNO ketika itu diam membisu seribu bahasa, bukan sahaja tidak pernah hadir dalam setiap perjumpaan dan forum isu murtad malahan memperlekeh usaha yang dibuat oleh PAS dan beberapa NGO yang lain.

Beliau menyatakan, hari ini UMNO cuba tunjuk hero kononnya mereka memperjuangkan isu murtad, walhal mereka hanya mengambil kesempatan untuk meraih sokongan rakyat  terhadap UMNO yang semakin hari semakin rapuh.

Memetik ucapan beliau, usaha HIMPUN adalah murni dan sememangnya wajar disokong, tetapi  usaha HIMPUN cuba dimanipulasi oleh pihak lain dan dibimbangi HIMPUN akan menjadi satu perhimpunan yang menyebabkan hubungan antara agama dan kaum menjadi tegang. 

Situasi ini mendorong PAS Pusat melalui kenyataan Tuan Guru Presiden mengambil sikap yang cukup cermat dan berhemat. Menyokong agenda mempertahankan aqidah umat Islam dan memberi ingatan HIMPUN tidak menjadi satu perhimpunan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama. 

http://perak.pas.org.my/

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...