Wednesday, October 19, 2011

Tidak libatkan parti politik, PAS tak sertai Himpunan Sejuta Umat

KUALA LUMPUR, 19 Okt — PAS memutuskan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan berlangsung Sabtu ini atas alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas biro politik parti itu yang diadakan di sini malam tadi.

“PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,” kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.

Serentak itu, PAS Selangor juga mengambil pendirian tidak akan menyertai perhimpunan itu yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bagi membincangkan isu murtad.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman mengesahkan pendirian mereka.

“Sudah tentu,” kata beliau apabila ditanya sama ada ia bermakna pihaknya juga mengambil pendirian yang sama.

Dalam satu pendirian dibuat kelmarin, Dr Rani berkata PAS Selangor tidak mahu perhimpunan itu diadakan dengan niat mahu melaga-lagakan masyarakat berlainan agama.

Dalam kenyataannya, Hadi menambah, PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara demi menjamin keharmonian negara yang berbilang kaum dan agama.

Tegas beliau, sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana- mana pihak.

“PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya,” kata beliau lagi.

Hadi menambah, agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah.

“PAS menyokong segala usaha memantapkan akidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan akidah umat Islam,” kata beliau.

Hadi juga berkata, PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan akidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Petang semalam, Pakatan Rakyat memutuskan bahawa ia menunggu keputusan mesyuarat PAS sebelum membuat pendirian berhubung Himpun.

Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar berkata, mereka juga sedang mengumpul maklumat dari beberapa pihak berkenaan apa sebenarnya tujuan himpunan tersebut.

“Kita serah kepada kebijaksanaan PAS yang akan bermesyuarat malam ini (tadi). Kita sedang kumpul maklumat . . . adakah penglibatan pihak-pihak tertentu sama ada terlibat dengan Umno atau tidak,” katanya.

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Semakin hari semakin jelas akan perjuangan PAS yang tersasar....PAS menggunakan Islam untuk menolak perjuangan dan perpaduan Islam, jadinya perjuangan PAS untuk apa?
Renung-renungkan dan selamat beramal untuk kebaikan!

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

PAS membuat keputusan tidak menyertai HIMPUN atas alasan tidak melibatkan parti politik dan ia dianjurkan oleh NGO.

Peliknya, PAS tidak pula menjadikan alasan yang sama bila membuat keputusan untuk menyertai BERSIH 2.0 sedangkan ia dianjurkan oleh NGO.

PAS memang terkenal dengan gelagat seperti ini sejak dulu lagi.

Alasan Hadi Awang dan gerombolannya memang diketahui ramai kecuali ahli2nya.

Maklumlah nak jaga hati kawannya takut nanti hilang undi kaum lain.

Penyelewengan PR tidak akan terkena dengan kamera Ajijoi.

Penyelewengan PR tidak sama dengan penyelewengan BN sebab dalam PR ada sebuah parti maksum.

Jangan kritik aku kerana aku parti Islam.

Begitu juga dengan HUDUD. Idola Ajijoi tak semena-mena mengatakan bahawa PAS tetap meneruskan hukum hudud sejak timbulnya NEGARA BERKEBAJIKAN dan NEGARA ISLAM.

UMNO dituduh menolak hudud. Tapi halangan dari DAP masih tak lepas. Ingat DAP dan PKR kawan karib PAS.

DAP kata BERSETUJU untuk TIDAK BERSETUJU hudud tidak akan dilaksanakan sebab tiada dalam BUKU JINGGAY, DASAR BERSAMA dan melanggar Perlembagaan Malaysia.

Masalahnya kenapa TIADA DALAM BUKU JINGGAY dan DASAR BERSAMA PR.

Karpal sinonim dengan DAP.

Jadi PAS cari jalan langkah mayat karpal dahulu sebelum melaksanakannya.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...