Bertindak sebagai moderator bagi sesi diskusi ini adalah pemilik blog Cina Islam, YB Drs Khalil Idham Lim. Manakala panel-panel yang dijemput pula adalah Sdr Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Professor Dr Azmuddin Ibrahim (Universiti Selangor - UniSel) dan Dr Firdaus Ahmad Azzam (CEO My Global Intellect).
Pelbagai soalan yang dilontar moderator mengenai penggunaan media baru ini telah dikupas dan dibentang oleh ahli panel dengan begitu baik sekali mengikut kepakaran mereka.
Sdr Ahmad Lutfi Othman membicarakan mengenai perbandingan media cetak dan media baru
Prof. Dr Azmuddin Ibrahim bercakap mengenai golongan muda yang menjadi pengguna utama media baru
Dr Firdaus memperkatakan mengenai content atau isi kandungan didalam web-web popular di Malaysia
Perbincangan diantara dua ahli panel diskusi
Dr Firdaus menunjukkan buku komik terbitannya bagi menarik golongan muda untuk membaca dan tidak dilalaikan dengan laman-laman sosial
Antara peserta yang mengambil bahagian didalam sesi soal jawab bersama ahli-ahli panel
Prof. Azmuddin menjawab persoalan-persoalan yang dikemuka peserta
Ucapan penutup oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang yang ditayangkan kepada peserta. Perancangan awalnya, sesi online diantara persidangan dan Tuan Guru yang berada di Terengganu sebagai ucapan penutup tetapi terpaksa digantikan dengan tayangan video rakaman awal akibat jadual Tuan Guru Presiden yang begitu ketat, merasmikan jentera pilihanraya di negeri tersebut
Diakhir acara, kesemua peserta telah sebulat suara meluluskan resolusi yang digarap pihak penganjur. Tiga ketetapan yang dipersetujui bersama menyentuh mengenai Sumber Manusia, Info-Struktur dan Kandungan Aplikasi.
Sekalung tahniah patut diberikan kepada pihak penganjur, Lajnah ICT & Jabatan IT Pas Pusat, begitu juga Lajnah Penerangan & Dakwah Pas Pusat yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menganjurkan persidangan ini.
Semoga resolusi yang telah dibentuk didalam persidangan ini dapat direalisasikan oleh peserta-peserta yang hadir bagi menggunakan teknologi ict dan media baru untuk memenangkan Islam.
No comments:
Post a Comment