Wednesday, October 5, 2011

Banner Provokasi: PAS Batu Gajah buat laporan polis

Oleh: Muhammad Faeez

'Banner' yang tertera 'DAP GANTI PAS' didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.

Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Sdr Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada 4 September lalu kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum. 

Ketika ditemui, selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.

"Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini," katanya.

Pihak PAS mendapat  maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi ini dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya.

28090F28-276B-4C9B-9024-7510A8423EB2/DSC_5392.JPG

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...