Friday, October 21, 2011

SUHAKAM dijangka melawat Kampung Meru Tin, Jelapang

IPOH: Suhakam akan mengadakan lawatan ke Kg. Meru Tin Jelapang untuk mendengar rungutan penduduk Kampung Meru Tin Jelapang mengenai pencabulan hak perumahan dan amalan diskriminanasi terhadap penduduk kampung berkenaan.

"Baru baru ini jawatankuasa penduduk Kampung Meru Tin telah menerima sepucuk surat daripada pihak Suhakam berkenaan perkara ini," ujar Pengerusi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampoung Meru Tin, Heam Miaw Sem

Menurutnya penduduk di kampung ini sepatutnya menangani perjanjian pada 27 Mac tahun ini tetapi tidak kesampaian akhibat pihak kerajaan melanggar terma-terma perjanjian dengan pihak kontraktor.

Oleh itu penduduk Kampung Meru Tin terpaksa membawa perkara ini kepada pihak Suhakam kerana tiada sebarang maklum balas dan tindakan dari pihak kerajaan , sedangkan beberapa surat telah pun dihantar kepada Menteri Besar Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) .

Sehubungan itu pada 5 Oktober lalu katanya, wakil penduduk Kampung yang mewakili 183 keluarga yang terpilih dalam Skim Rancangan Perkampungan Tersusun Kampung Meru Tin telah mengadu berkaitan pencabulan hak perumahan dan amalan diskriminasi politik yang dihadapinya kepada Pesuruhjaya Suhakam Mohd Sha'ni Abdullah.

Dalam pertemuan itu, pihak wakil penduduk kampung telah mengemukakan beberapa isu yang jelas menunjukkan penduduk Kampung telah dijadikan mangsa politik.

Setiausaha Kampung Meru tin M. Nadarajah telah menyerahkan memorandum yang mempunyai 18 muka surat dan Timbalan Pengerusi PSM M. Sarasvathy turut hadir bersama penduduk Kg. Meru Tin pada hari itu.

Di antara perkara penting yang diutarakan dalam memorandum itu termasuk tidak memberikan sesalinan dokumen perjanjian yang di tanda tangani pada 8 Mac 2010 di antara pihak Kerajaan Negeri dan syarikat Saka Bumi Sdn Bhd kepada Ahli Jawatankuasa Meru Tin ataupun penguam Kampung tersebut.

Penduduk Kampung berkenaan mendakwa dijadikan mangsa diskriminiasi politik dan menuuduh mereka telah d hasut oleh pembangkang

Kerajaan Negeri didakwa melanggar terma-terma perjanjian dengan Saka Bumi Sdn Bhd menyebabkan perjanjian di jadualkan dengan penduduk bersama pihak pemaju pada 27 Mac lalu ditangguhkan.

Memorandam yang dimemukan itu juga mendakwa Pejabat Tanah gagal memberikan maklumat dan dokumen kepada pihak peguam penduduk untuk menyermpurnakan perjanjian.

Menurut Heam Miaw lagi, masalah lot kediaman yang wujud pada tahun 1998 dan sehingga hari ini masih berlanjutan tanpa sebarang penyelesaian.

Jesteru itu Jawatankuasa penduduk kampung meminta penduduk Kampung Meru Tin diminta bersabar untuk maklumkan tarikh kehadiran pihak Suhakam supaya rungutan mereka dapat didengari.

Oleh: Johari Jaafar

No comments:

Followers