Monday, October 10, 2011

DHPP Perak berdiri teguh dibelakang PAS

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/306468_298699790146475_100000193707179_1415672_1840443522_n.jpg

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud" katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum ini kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

"Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh UMNO tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi.

Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam Isu hudud.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat YB Haji Zainuddin, Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak Sdr Muhammad K.Y Tiang Abdullah dan Pimpinan DHPP Perak

"Setelah mendapat penjelasan daripada Hu Pang Chaw, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya berita tersebut. Berita tersebut bukan keluar daripada kenyataan rasmi beliau," katanya YB Zainuddin yang juga ADUN Lubok Merbau.

No comments:

Followers