
GOMBAK (22 Okt): Persidangan ICT & Media Baru anjuran Lajnah ICT & Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang bertema "Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU ke-13" telah berjaya mengumpulkan pengamal-pengamal ict dan media baru daripada seluruh cawangan, kawasan dan negeri seluruh Malaysia. Penyertaan kepada persidangan yang diadakan setiap 4 tahun ini begitu menggalakkan sehingga memenuhi dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak, Selangor semenjak awal pagi lagi.
Persidangan ini dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.




Ustaz Misbahul Munir bertindak sebagai pengacara majlis

Pimpinan dipentas utama

Pengarah Program Persidangan ICT & Media Baru 2011, Sdr Shuhaimi Embong menyampaikan ucapan alu-aluan

Ucaptama persidangan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat, Ustaz Ghani Samsuddin

Penggerak ict dan media baru didalam PAS yang sentiasa mengemaskini pengetahuannya didalam bidang ini

Peserta-peserta yang hadir

Wakil peserta daripada Muslimat PAS Perak

YB Dr Mohamad Fadzli Dato' Haji Hassan, Exco Penerangan Pengurusan Maklumat Sains & Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan sebagai pembentang kertas kerja pertama yang bertajuk "Kesepaduan ICT dan Pengurusan Maklumat Media Baru dalam memperkasakan Penerangan"

Sdr Zulkifli Yahya, Exco Negeri Kedah membentangkan kertas kerja kedua yang bertajuk "Mobilisasi Media Sosial Dalam Mempengaruhi Generasi Muda"


Kertas kerja ketiga "Transformasi Media Cetak kepada Media Baru, Pengalaman Harakah" disampaikan oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Kamaruddin Jaffar
No comments:
Post a Comment